APA ITU SUBSIDI PETROL – SYARAT KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN & SEMAKAN
Kerajaan MADANI berpegang pada janjinya untuk menyasarkan subsidi RON95. Mulai 30 September 2025, rakyat Malaysia akan menikmati harga petrol RON95 yang lebih rendah, iaitu RM1.99 seliter berbanding harga semasa RM2.05.
Apakah itu Subsidi Petrol RON96? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA CEK BAKI MYKASIH : PANDUAN LENGKAP
APA ITU SUBSIDI PETROL?
BUDI MADANI RON95 (BUDI95) adalah satu inisiatif kerajaan di bawah program BUDI MADANI. Tujuannya adalah untuk memberi subsidi petrol RON95 kepada rakyat Malaysia yang layak.
Program ini penting untuk memastikan bantuan subsidi kerajaan sampai kepada penerima yang layak, dan mengurangkan pembaziran. Melalui BUDI95, rakyat Malaysia masih boleh membeli petrol RON95 pada harga subsidi RM1.99 seliter, dengan had 300 liter sebulan.
Bagi yang bukan warganegara, harga petrol RON95 akan ditetapkan pada RM2.60 seliter mulai 30 September 2025.
SIAPA LAYAK MENERIMA SUBSIDI PETROL
Syarat kelayakan untuk mendapatkan subsidi petrol RON95 ialah seperti berikut :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu
Pengecualian : Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
RON95 TANPA SUBSIDI : Bagi golongan tidak layak (contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
TARIKH PELAKSANAAN SUBSIDI PETROL
Tarikh pelaksanaan ataupun jadual yang dikeluarkan untuk penerima subsidi petrol adalah seperti berikut :
- Pada 27 September 2025 (Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025 (Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025 (Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
CARA TEBUS SUBSIDI PETROL
Berikut merupakan cara yang betul untuk menebus subsidi petrol 2025 :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SENARAI STESEN MINYAK UNTUK TEBUS SUBSIDI PETROL
Antara stesen minyak yang dibolehkan menebus subsidi petrol adalah seperti berikut :
- PETRONAS
- SHELL
- PETRON
- BHP
- CALTEX
SOALAN LAZIM (FAQ) APA ITU SUBSIDI PETROL
Berikut adalah soalan yang kerap ditanya tentang subsidi petrol :
Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
Program ini akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.
MAKLUMAT & INFO LANJUT
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- Emel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/