BANTUAN ASAS RAHMAH : SEMAKAN STATUS 2025 ONLINE
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) kini diperluaskan ke Sabah dan Sarawak dengan kadar bantuan yang juga dipertingkatkan sehingga RM2,100 setahun dan akan dikreditkan secara bulanan sehingga RM200 sebulan melalui MyKad penerima untuk pembelian barangan keperluan asas melalui MyKasih.
Bagaimanakah semakan status kelayakan penerima mykasih 2025 secara online? Ikuti Info lanjut disini.
BACA JUGA : CHECK STATUS MYKASIH 2025 : CEK KELAYAKAN PENERIMA
SYARAT BANTUAN ASAS RAHMAH
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025;
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
PORTAL RASMI SARA MYKASIH
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui (2) kaedah seperti:
| PORTAL SEMAKAN | PAUTAN |
| MyKasih | https://www.mykasih.com.my/ |
| MySTR | https://bantuantunai.hasil.gov.my |
SEMAKAN STATUS BANTUAN ASAS RAHMAH
Semak status penerima Mykasih boleh dilakukan seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Semak status penerima MyKasih juga boleh dilakukan melalui Portal MySTR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN ASAS RAHMAH
Kadar bantuan yang akan diterima oleh penerima adalah seperti berikut:
- Kategori penerima STR & BERSTATUS Miskin/Miskin Tegar eKasih
| KATEGORI PENERIMA STR & (BERSTATUS eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) (JANUARI-MAC) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) (APRIL-DISEMBER) |
| Isi Rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | RM200 sebulan |
| Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM100 sebulan | RM150 sebulan |
| Bujang (Setiap Individu) | RM50 sebulan | RM50 sebulan |
- Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
| KATEGORI PENERIMA STR (BUKAN eKasih) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) (JANUARI-MAC) | AMAUN AGIHAN BULANAN (RM) (APRIL-DISEMBER) |
| Isi Rumah (Ketua Keluarga) | RM100 sebulan | |
| Warga emas tiada pasangan (Setiap Individu) | RM50 sebulan | |
| Bujang (Setiap Individu) |
SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH
Berikut merupakan antara 10 kategori barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :
- Beras :Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
- Roti :Gardenia / Massimo / Mighty White.
- Telur :Nutriplus / QL eggs / CP.
- Minyak Masak :Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
- Tepung :Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
- Biskut :Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
- Mi segera :Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
- Minuman :Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
- Makanan dalam tin :Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
- Bahan perasa :Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]
PENAFIAN
Berdasarkan maklumat di atas, pihak kami hanya berkongsi informasi berkaitan bantuan yang disediakan oleh Kerajaan Malaysia bertujuan untuk berkongsi, memberi manfaat dan memudahkan carian pengguna. Tajuk dan kata kunci di atas di tulis berdasarkan carian ramai pengguna yang diambil daripada sumber enjin carian.
Di sini kami tidak sama sekali meminta sebarang maklumat pengguna atau pelawat dan tidak pernah mengenakan sebarang bayaran berdasarkan maklumat yang telah kami kongsikan.
Tujuan penulisan ini untuk berkongsi informasi terkini dan maklumat yang sahih bagi memudahkan pelawat laman web ini mendapat info terbaru tentang bantuan.
Artikel ini ditulis berdasarkan sumber sahih di :
Alhamdulillah terima kasih atas perkongsian
Terima kasih atas perkongsian
Semak semua bantuan sara