BANTUAN BARANG DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN (PANDUAN MUDAH)

BANTUAN BARANG DAPUR 2026 : SEMAKAN STATUS & CARA PERMOHONAN (PANDUAN MUDAH)

Pada tahun 2026, Kerajaan MADANI telah memperkasakan lagi bantuan barangan dapur kepada golongan yang berkelayakan mengikut kategori seperti isi rumah, warga emas tiada pasangan dan juga golongan bujang yang membolehkan menerima bantuan barang dapur setiap bulan.

Apa itu Bantuan Barang Dapur 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM IC 2026 : SEMAKAN

SENARAI BANTUAN BARANG DAPUR 2026

Antara barangan yang boleh dibeli dibawah bantuan barangan dapur MADANI bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut :

  • Beras.
  • Mi Segera.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

CARA SEMAK STATUS BANTUAN BARANG DAPUR 2026

Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :

  1. Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
  2. Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
  6. *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  7. Tunggu pengesahan : ✅ Success!.
  8. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SIAPA LAYAK BANTUAN BARANG DAPUR

Bagi yang layak untuk mendapatkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
  • Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
  • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.

JUMLAH BANTUAN SARA 2026

Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :

  • Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
  • Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
  • Warga Emas : RM600 setahun.
  • Bujang : RM600 setahun.

*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.

JADUAL AGIHAN BANTUAN BARANG DAPUR 2026

Pemberian bantuan ini dilakukan secara bulanan. Berikut adalah jadual pemberian bantuan mengikut status penerima:

  • Miskin dan Miskin Tegar: Setiap bulan bermula dari 15 Januari 2025 hingga 1 Disember 2025.
  • Bukan Miskin: Setiap bulan bermula dari April 2025 hingga Disember 2025.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

  • Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
    • Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
  • Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
    • Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
  • Di mana saya boleh guna SARA?
    • SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
  • Berapakah amaun SARA yang diterima?
    • Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
  • Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment