BANTUAN EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN
Permohonan Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS) melalui e-Wallet kini dibuka. Rakyat Selangor yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh mula membuat permohonan dalam tempoh yang ditetapkan.
Bagaimanakah semakan bantuan ewallet rm300 2026? Ikuti Info lanjut disini.
BACA JUGA : SEMAKAN STATUS SARA 2026 : SEMAK KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH MYKASIH
BANTUAN EWALLET RM300 2026
Permohonan BINGKAS akan dibuka semula pada 1 November 2025 (SABTU). Individu yang memenuhi syarat kelayakan bantuan boleh membuat permohonan BINGKAS secara online seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Log Masuk].
- Tekan [Daftar Akaun Selangkah baharu] jika belum mempunyai akaun Selangkah.
- Laman Pendaftaran Akaun Selangkah akan dipaparkan.
- Masukkan Nombor Telefon untuk pendaftaran akaun Selangkah.
- Ikuti langkah-langkah pendaftaran dan Isi semua butiran maklumat yang diminta dengan lengkap.
- Muat naik dokumen sokongan yang diminta.
- Setelah pendaftaran berjaya, log masuk bingkas dengan akaun Selangkah yang telah didaftarkan dengan Nombor Telefon dan Kata Laluan yang telah ditetapkan.
- Selesai.
DOKUMEN SOKONGAN EWALLET RM300 2026
Antara dokumen sokongan yang diperlukan untuk permohonan BINGKAS, seperti berikut :
- Salinan Kad Pengenalan (Pemohon dan/atau Pasangan);
- Salinan Kad Pengenalan, MyKid atau Surat Kelahiran / Sijil Anak Angkat / Kad OKU / Surat Hak Jagaan (Anak-anak / Tanggungan).
- Salinan Sijil Kematian / Bercerai / Laporan Polis (untuk bapa/ibu tunggal).
- Salinan Slip Gaji / Pencen Terkini (untuk penjawat awam / pesara).
- Salinan Penyata EA atau KWSP (untuk pekerja swasta).
- Pengesahan Penyata Pendapatan daripada Ketua Komuniti spt ADUN / Penghulu / Ahli Majlis / Ketua Kampung (bagi yang bekerja sendiri / tidak bekerja).
- Salinan Bukti Pemilih Berdaftar di Selangor.
SIAPA LAYAK BANTUAN EWALLET RM300
Syarat Kelayakan Bantuan BINGKAS 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia;
- Pemilih berdaftar di Selangor;
- Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun;
- Pendapatan bulanan isi rumah RM5,000.00 dan ke bawah;
- Keluarga yang mempunyai anak/tanggungan minimum dua (2) orang berusia 18 tahun ke bawah.
SEMAKAN STATUS EWALLET RM300 2026
Semakan Status Kelayakan BINGKAS boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut :
- Portal Rasmi BINGKAS; atau
- Aplikasi Selangkah.
Panduan lengkap semakan status kelayakan di Portal Rasmi BINGKAS :
- Layari Portal Rasmi BINGKAS 2026 : https://bingkasselangor.com/
- Laman utama BINGKAS akan dipaparkan.
- Tekan Butang [Semak Status Permohonan].
- Anda akan dibawa kepada laman Semakan Status Permohonan.
- Masukkan [Nombor Telefon] dan [Kata Laluan] yang telah didaftarkan.
- Kemudian, tekan klik [Log Masuk].
- Setelah berjaya log masuk, maklumat akan dipaparkan sama ada anda layak atau tidak BINGKAS 2026.
- Selesai.
CARA GUNA EWALLET
Penerima boleh menggunakan Bantuan BINGKAS untuk pembelian barangan keperluan asas di kedai berdaftar dengan cara seperti berikut:
- Kunjungi Kedai Berdaftar di bawah Program BINGKAS yang berdekatan.
- Pilih Barangan Keperluan Asas yang ingin dibeli.
- Tunjuk ID anda di Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk pengesahan.
- Juruwang akan membuat semakan barangan yang dibeli.
- Tekan butang bayar, dan masukkan pin 6 digit untuk pengesahan pembayaran.
- Tunjukkan Kod QR dalam Aplikasi Selangkah kepada juruwang untuk diimbas bagi tujuan pembayaran.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Bantuan Kehidupan Sejahtera Selangor (BINGKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : 1800-22-6600
- Portal BINGKAS : https://bingkasselangor.com/