BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

BANTUAN RAHMAH 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

Untuk memastikan lebih ramai rakyat dapat memenuhi keperluan asas harian dengan lebih mencukupi, Kerajaan menambah baik inisiatif bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) mykasih dengan peningkatan bayaran sehingga 75% berbanding tahun sebelum ini yang disalurkan setiap bulan melalui MyKad penerima dan penerima boleh semak dengan cara online.

Bagaimanakah semakan bantuan rahmah 2025? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : BARANG MYKASIH 2025 : SEMAKAN SENARAI BARANGAN DAPUR & CARA GUNA

KELAYAKAN BANTUAN RAHMAH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA BAYARAN BANTUAN RAHMAH

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut:

NEGERI PENERIMAKAEDAH PENYALURAN
Penerima daripada Seluruh Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. LabuanPenyaluran secara TANPA TUNAI melalui
MyKad (IC) penerima, membolehkan
penerima membeli barangan keperluan
asas berlabel MyKasih seperti makanan
asas, barangan kebersihan diri,
ubat-ubatan dan peralatan
persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN STATUS BANTUAN RAHMAH 2025

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

SENARAI BARANGAN BANTUAN RAHMAH

Berikut merupakan antara barangan dapur yang berlabel MyKasih yang boleh dibeli di Pasaraya dengan menggunakan MyKad :

  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya.
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White.
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP.
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit.
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey.
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng.
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap.
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf.
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup.
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

CARA GUNA BANTUAN MYKASIH

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
  2. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  4. Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  5. Imbas Kod Barangan
  6. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  7. Bayar Menggunakan MyKad
  8. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  9. Simpan Resit Untuk Semakan
  10. Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment