SEMAKAN STATUS BANTUAN RM100 DALAM IC – PENGHARGAAN SARA ONE OFF 2025
Kerajaan Malaysia prihatin dengan keadaan ekonomi rakyat. Sebagai tanda sokongan dan keprihatinan, satu bantuan khas diberikan. Mulai 31 Ogos 2025, setiap rakyat Malaysia yang sudah mencapai umur 18 tahun akan menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) berjumlah RM100. Bantuan ini akan terus dimasukkan ke dalam Kad Pengenalan (MyKad) anda.
Bantuan ini adalah sebagai tanda penghargaan Kerajaan kepada rakyat Malaysia yang tidak putus-putus menyokong. Ia juga diharap dapat membantu meringankan beban perbelanjaan harian.
Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah STR 2025
Apa Itu SARA One Off RM100 Dalam IC Ni?
Secara ringkasnya :
- Jumlah : RM100 (sekali sahaja)
- Cara guna : Guna MyKad sahaja (tak ada wang tunai)
- Tempoh sah : 31 Ogos 2025 – 31 Disember 2025
- Siapa layak : Semua rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas
- Tujuan : Beli barang keperluan asas di kedai yang berdaftar dengan MyKasih
Cara Semak Status Bantuan RM100 Dalam Ic 2025?
Anda boleh menyemak status kelayakan anda melalui :
- Portal Rasmi SARA
- Layari Portal Rasmi SARA di : https://www.sara.gov.my/
- Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
- Masukkan 12 digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipaparkan: [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]

Apa Kelebihan Bantuan RM100 Dalam IC Ni?
- Senang dan cepat : Tak perlu daftar apa-apa, hanya guna MyKad yang sedia ada.
- Boleh guna di mana-mana : Lebih daripada 4,600 kedai di seluruh negara terima MyKad untuk bantuan ini.
- Guna untuk yang betul : Hanya boleh beli barang keperluan asas sahaja. Ini elak orang guna untuk benda lain.
- Semua orang dapat : Pelajar, pekerja, orang tua, semua yang cukup umur layak terima.
Barang Apa Yang Boleh Dibeli Guna Bantuan Ini?
Bantuan ini dikhususkan untuk barang keperluan asas sahaja. Contohnya :
| Kategori | Contoh Barangan |
|---|---|
| Makanan asas | Beras, gula, minyak masak, tepung, garam |
| Protein | Ayam, ikan, telur, ikan bilis, tauhu |
| Minuman harian | Susu tepung, susu segar, teh, kopi |
| Sayur & Buah | Sayur segar, bawang, buah tempatan, |
| Barangan Kering | mi segera, bihun, makaroni, kicap, sos |
| Kebersihan Diri | sabun, syampu, ubat gigi, pencuci pakaian |
| Kesihatan Asas | Panadol, plaster, minyak angin, kapas |

Macam Mana Nak Guna Bantuan RM100 Dalam IC Ni?
- Pergi ke kedai yang ada logo MyKasih.
- Pilih barang keperluan yang anda nak beli.
- Masa bayar, bagi MyKad dekat kaunter.
- RM100 akan ditolak dari sistem secara automatik.
- Boleh semak baki dekat resit atau aplikasi MyKasih.
Tarikh Penting Kena Ingat!
- Mula guna : 31 Ogos 2025
- Akhir guna : 31 Disember 2025
Nota : Kalau ada baki tak guna lepas 31 Disember 2025, duit tu akan hilang.
Soalan Lazim (FAQ)
Ya, semua yang dah 18 tahun ke atas automatik layak.
Tak payah daftar. Bantuan ni terus masuk dalam MyKad.
Tak boleh. Hanya dekat 4,600 kedai yang berdaftar, contohnya Mydin, Lotus’s, Giant, Econsave, TF Value Mart, 99 Speedmart dan kedai runcit MyKasih.
Kena buat MyKad baru dekat Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sebelum tarikh tamat.
Bantuan RM100 Dalam Ic
Bantuan RM100 dalam IC melalui SARA one-off 2025 ni memang langkah yang bagus untuk bantu rakyat Malaysia. Dengan banyak kedai yang terima, mudahlah nak beli barang keperluan harian. Jangan lupa guna sebelum 31 Disember 2025 ya!
Rujukan & Maklumat Lanjut
Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :