BANTUAN SARA : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

BANTUAN SARA : 2025 SEMAKAN STATUS PENERIMA

Seluruh negara termasuk di Malaysia kini mengalami peningkatan kos sara hidup. Namun, pihak kerajaan yakin dapat membantu sedikit sebanyak meringankan bebanan kos sara hidup rakyat dengan menyalurkan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi menampung kos perbelanjaan bulanan.

Bagaimanakah Semakan Status Bantuan SARA? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : STR HASIL GOV MY 2025 : FASA 3 SEMAKAN STATUS KELAYAKAN PENERIMA

APA ITU SARA

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah, merupakan bantuan tambahan kepada penerima STR dalam kategori miskin dan miskin tegar yang disenaraikan dalam eKasih. Program ini telah diperbaharui pada tahun 2025 untuk memastikan akses yang lebih baik kepada barangan keperluan asas menerusi sistem MyKasih.

SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA

Individu yang ‘Lulus’ dan ‘Penerima’ Sumbangan Asas Rahmah boleh dapatkan barangan keperluan asas seperti berikut:

  1. Kunjungi kedai atau pasaraya berdaftar SARA MyKasih yang berhampiran.
  2. Pilih barangan keperluan (berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah MyKasih di rak tanda harga).
  3. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  4. Juruwang akan mengimbas setiap barangan keperluan asas yang dipilih mengikut kategori yang dibenarkan.
  5. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad dan penerima perlu memasukkan 6-digit nombor Pin untuk pengesahan transaksi bayaran.
  6. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH

Semakan bantuan Sumbangan Asas Rahmah adalah seperti berikut :

  • SARA Miskin Tegar dan Miskin eKasih :
    • Warganegara Malaysia;
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan; dan
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar dan Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU,JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • SARA Asas Bukan Miskin STR :
    • Warganegara Malaysia; dan
    • Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tiada Pasangan.

JUMLAH BANTUAN SARA

Bagi tahun 2025, jumlah Bantuan SARA telah dipertingkatkan dan akan disalurkan sebanyak :

  • Penerima Miskin Tegar & Miskin eKasih :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun.
    • Warga Emas : RM1,650 setahun.
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Penerima Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun.
    • Warga Emas : RM450 setahun.

SENARAI BARANG SARA MYKASIH

Berikut merupakan barangan keperluan asas yang diluluskan pembayaran menggunakan MyKad:

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata /Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / Tc Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment