BANTUAN SARA MYKASIH 2025 – SEMAKAN STATUS PENERIMA BANTUAN RM2,100
Semak status kelayakan Bantuan SARA MyKasih 2025 anda sekarang! Ketahui tentang jumlah bantuan sehingga RM2,100 setahun untuk keluarga yang menerima STR dan eKasih. Anda juga boleh belajar cara guna MyKad untuk beli barang keperluan di kedai yang mengambil bahagian.

Apa itu Bantuan SARA MyKasih?
Kerajaan meneruskan Program Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah MyKasih Foundation pada tahun 2025 untuk membantu golongan B40.
Penerima yang layak akan dapat bantuan sampai RM2,100 setahun. Bantuan ini diberi dalam bentuk kredit yang dimasukkan ke dalam MyKad.
Anda boleh guna bantuan ini untuk beli barang keperluan harian di kedai runcit MyKasih yang berdaftar di seluruh negara.
“Nak tahu jenis-jenis bantuan kerajaan terkini yang anda boleh mohon? Klik sini : Senarai Bantuan Kerajaan 2025“
Jumlah Bantuan & Kategori Penerima SARA MyKasih 2025
Kategori Penerima | Jumlah Bantuan Setahun | Sumber Kelayakan |
---|---|---|
Isi Rumah (STR + eKasih) | RM2,100 | STR & eKasih |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR + eKasih) | RM1,650 | STR & eKasih |
Bujang (STR + eKasih) | RM600 | STR & eKasih |
Isi Rumah (STR sahaja) | RM900 | STR |
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | RM450 | STR |
Cara Semak Status Bantuan SARA 2025
Anda boleh semak status bantuan SARA anda dengan cara ini :
- Pergi ke laman web semakan : https://www.mykasih.com.my/
- Klik butang ‘Semak Kelayakan’ di bahagian laman.
- Masukkan nombor MyKad anda (tanpa tanda -), contohnya 85XXXXXXXXXX.
- Isikan kod captcha yang tertera.
- Tekan butang ‘Semakan Status’ untuk lihat hasilnya.
Jika anda layak, maklumat tentang status bantuan dan jumlah yang akan diterima akan ditunjukkan. Jika tidak layak, tiada rekod akan dipaparkan.
Barang Yang Boleh Dibeli Guna Bantuan SARA
Anda hanya boleh guna kredit bantuan untuk barang keperluan asas, seperti :
- Makanan Asas
- Beras, tepung, gula, minyak masak
- Mee, bihun, pasta, telur ayam
- Garam, rempah
- Barang Dapur
- Sabun cuci pinggan, serbuk pencuci
- Plastik sampah, tisu, span cuci
- Barang Mandi
- Sabun mandi, ubat gigi, syampu
- Tuala wanita
- Keperluan Bayi
- Susu formula, lampin pakai buang
- Barang Tidak boleh Di beli : rokok, arak, alat solek, top-up telefon, atau barang yang bukan keperluan.
Kedai Yang Terima Bantuan MyKasih
Beberapa kedai yang terima bayaran SARA :
- Mydin
- Econsave
- 99 Speedmart
- TF Value-Mart
- Kedai komuniti MyKasih & pasar mini tempatan
Cara Bayar Guna MyKad
- Bawa MyKad ke kedai MyKasih yang berdaftar.
- Pilih barang keperluan yang dibenarkan.
- Masa bayar, imbas MyKad anda di kaunter.
- Jumlah bantuan akan ditolak dari baki MyKasih anda.
Soalan Lazim (FAQ)
Penerima STR dan yang ada dalam sistem eKasih layak dapat SARA MyKasih.
Tak. Ia dalam bentuk kredit dalam MyKad anda.
Tak. Hanya di kedai yang sertai program MyKasih.
Boleh semak di resit atau laman web mykasih.com.my.
Kesimpulan
Bantuan SARA MyKasih 2025 adalah salah satu usaha kerajaan untuk bantu rakyat yang berpendapatan rendah dalam membeli barang keperluan asas.
Maklumat & Info Lanjut
- Talian MyKasih : (603) 7720 1800
- Emel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://www.mykasih.com.my/