BANTUAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN TERUS KE MYKAD : SEMAK SEGERA HARI INI

BANTUAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN TERUS KE MYKAD : SEMAK SEGERA HARI INI

MyKasih Bulan November telah mula disalurkan kepada semua penerima yang layak termasuk Kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas Tiada Pasangan untuk membeli barangan keperluan bulan November.

Bagaimanakah semakan bantuan sara mykasih dikreditkan terus ke mykad? Ikuti Info lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN EWALLET RM300 2026 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA REGISTER PERMOHONAN

SEMAKAN SARA MYKASIH DIKREDITKAN TERUS KE MYKAD

Status Bayaran dan Baki Sumbangan Asas Rahmah (SARA) November 2025, boleh disemak secara online seperti berikut:

PORTAL RASMIPAUTAN
SARA MYKASIHhttps://sara.gov.my/
  1. Sila pergi ke Portal Rasmi Semakan Kelayakan SARA : https://sara.gov.my/
  2. Anda akan dibawa ke Halaman Utama Portal.
  3. Sila tekan (Semak Kelayakan) untuk Semakan Status Kelayakan Sumbangan Asas Rahmah.
  4. ⁠Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  5. Masukkan Nombor Mykad anda di ruangan yang telah disediakan.
  6. ⁠Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  7. Seterusnya, tekan butang (Semakan Status).
  8. ⁠Anda akan dipaparkan Maklumat seperti berikut :
    • Nama Program : Sumbangan Asas Rahmah 2025
    • Status : Layak (jika anda layak)
    • Tarikh Program Bermula : 1/04/2025
    • Tarikh Program Berakhir : 31/12/2025
    • Baki (RM) : 100.00 (kadar baki adalah mengikut kegunaan penerima).
  9. Anda boleh mula membeli pada tarikh bermula program sehingga tarikh akhir program.
  10. Untuk senarai barang & cara beli boleh ikut panduan lengkap di bawah.
  11. ⁠Selesai.

SYARAT LAYAK SARA MYKASIH

Kelayakan penerima SARA 2025 adalah seperti berikut:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus eKasih;
    • Tersenarai sebagai Penerima Miskin dan Miskin Tegar dalam rekod Sistem eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang.
  3. Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SENARAI BARANG SARA MYKASIH

Pengkreditan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) melalui Mykad membolehkan penerima membeli barangan keperluan asas seperti :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.

CARA GUNA SARA MYKASIH

Penerima boleh menggunakan kredit bantuan untuk membeli barangan keperluan asas seperti berikut:

  • Bawa MyKad dan Kunjungi Premis Runcit berdaftar yang berdekatan.
  • Pilih Barangan Keperluan berdasarkan 14 kategori barangan yang mempunyai label SARA di rak tanda harga.
  • Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA.
  • Juruwang akan mengimbas setiap Kod Barangan yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  • Bayar Barangan Keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  • Resit bayaran akan diberikan bagi tujuan semakan transaksi pembelian.
  • Selesai.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

SOALAN LAZIM SARA MYKASIH DIKREDITKAN TERUS KE MYKAD

  1. Bagaimana semak status bayaran MyKasih?
    • Status bayaran bulan November boleh disemak secara online di Portal SARA.
  2. Berapakah kadar bayaran MyKasih bagi bulan November 2025?
    • Kadar pembayaran adalah tertakluk pada kelayakan penerima dimana kadar yang diberikan adalah sehingga RM200.
  3. Apakah kedai yang boleh tebus MyKasih?
    • Lebih 7,300 premis runcit terpilih seluruh Malaysia yang berdaftar, termasuk pasar raya besar seperti Mydin.
  4. Bagaimana jika baki bantuan tidak digunakan sebelum tarikh luput?
    • Baki yang tidak dibelanjakan akan luput secara automatik dan tidak boleh dituntut semula.
  5. Adakah boleh guna MyKasih selain barang berdaftar?
    • Tidak boleh. Kredit bantuan hanya boleh digunakan untuk membeli 14 kategori barangan keperluan asas yang diluluskan di kedai terpilih.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Talian Bantuan : 03 – 7720 1800
  • (Isnin – Jumaat) (8.30 pagi – 5.30 petang)
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment