BANTUAN SEKOLAH RM150 (SESI 2026) : TARIKH RASMI BAYARAN & SEMAK STATUS KELAYAKAN MURID

BANTUAN SEKOLAH RM150 (SESI 2026) : TARIKH RASMI BAYARAN & SEMAK STATUS KELAYAKAN MURID

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan bahawa Bantuan Awal Persekolahan (BAP) 2026 akan mula diagihkan pada 11 Januari 2026. Bantuan ini bertujuan untuk meringankan beban kewangan ibu bapa dan penjaga dalam mempersiapkan anak-anak mereka untuk sesi persekolahan baru.

Bagaimana semakan bantuan sekolah rm150? Ikuti panduan dan info lebih lanjut di bawah.

BACA JUGA : SARA 2026 BILA MASUK : CHECK STATUS KELAYAKAN PEMOHON – YANG LULUS AKAN TERIMA BAYARAN BANTUAN MYKASIH DALAM IC

APA ITU BANTUAN SEKOLAH

Bantuan Awal Persekolahan (BAP) telah diperkenalkan sejak tahun 2012 sebagai bantuan kewangan yang diberikan pada awal tahun untuk membantu ibu bapa / penjaga menampung kos perbelanjaan barang-barang persekolahan anak-anak.

KADAR BANTUAN SEKOLAH 2026

Semua murid / pelajar tahun satu (1) sehingga pelajar tingkatan lima (5) dari semua sekolah rendah dan sekolah menengah akan terima bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan dengan kadar yang sama iaitu sebanyak RM150.00 sekaligus untuk setiap seorang pelajar.

TARIKH PELAKSANAAN BANTUAN SEKOLAH RM150

Kerajaan telah menetapkan bawah tarikh rasmi bayaran duit Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid / pelajar yang layak untuk tahun 2026 adalah bermula pada 11 Januari 2026 (Ahad).

SYARAT LAYAK BANTUAN SEKOLAH

Berikut adalah syarat serta kriteria kelayakan penerima Bantuan Awal Persekolahan untuk tahun 2026 :

  • Murid adalah Warganegara Malaysia.
  • Tahun satu (1) hingga Tingkatan enam (6) atau setaraf dengan sesi persekolahan 2026.
  • Bersekolah di :
    • Sekolah Kerajaan (SK).
    • Sekolah Bantuan Kerajaan (SBK).
    • Sekolah Agama.
    • Sekolah Swasta Persendirian yang berdaftar dengan Kerajaan.
    • Sekolah Bimbingan Jalinan Kasih.
    • Sekolah Integriti.
    • Sekolah Henry Gurney.

CARA AGIHAN BANTUAN

Pihak Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) akan menyalurkan duit bantuan secara berperingkat melalui :

  • Akaun Kumpulan Wang Kerajaan (KWK) sekolah; atau
  • Akaun Khas Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) bagi sekolah yang tidak mempunyai akaun KWK.

Kemudian, pihak sekolah akan agihkan duit Bantuan Awal Persekolahan secara tunai di sekolah melalui program pertemuan antara guru dengan ibu bapa / penjaga.

RUJUKAN

Untuk info yang lebih lanjut berkaitan Bantuan Awal Persekolahan (BAP), pihak tuan / puan boleh merujuk pada Portal Rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) seperti pautan di bawah :


Leave a Comment