[TERKINI] SENARAI BARANGAN SARA MYKASIH 2025
Kerajaan Malaysia meneruskan inisiatif Sumbangan Asas Rahmah (SARA) pada tahun 2025 sebagai usaha berterusan untuk meringankan beban kos sara hidup yang ditanggung oleh rakyat. Bantuan ini disalurkan dalam dua bentuk iaitu secara bulanan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih, dan juga pemberian sekali sahaja sebanyak RM100 One-Off kepada semua rakyat dewasa Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas.
Walau bagaimanapun, perlu diingat bahawa tidak semua jenis barangan boleh dibeli menggunakan bantuan ini. Hanya barangan keperluan asas yang termasuk dalam kategori tertentu sahaja yang dibenarkan. Artikel ini bertujuan untuk menyenaraikan kategori-kategori tersebut dengan terperinci, supaya para penerima boleh membuat perancangan pembelian dengan lebih teliti dan berkesan.
Baca Juga : Bantuan Kanak-kanak BKK (Panduan Lengkap Permohonan)
Tujuan Sekatan dan Kategori Barangan Asas
Sekatan ini diperkenalkan dengan tujuan untuk memastikan bahawa bantuan yang diberikan digunakan dengan betul, iaitu untuk membeli barangan keperluan harian yang penting sahaja. Dengan cara ini, bantuan tersebut akan benar-benar memberi impak positif kepada kos sara hidup isi rumah golongan B40 dan mereka yang tergolong dalam kategori miskin tegar.
Senarai Kategori Barangan SARA MyKasih 2025
Berdasarkan garis panduan rasmi yang telah ditetapkan, para penerima bantuan boleh menggunakan kredit SARA yang terdapat dalam MyKad mereka untuk membeli 14 kategori barangan asas berikut :
Kategori Dibenarkan | Contoh Barangan Yang Boleh Dibeli | Barang Yang Tidak Dibenarkan |
---|---|---|
Beras & Bijirin | Beras 5kg (pelbagai jenis), oat, bijirin sarapan biasa | Beras import yang mahal. |
Tepung & Gula | Tepung gandum, tepung atta, gula pasir, gula halus | Tepung kek import, gula-gula manisan mewah |
Minyak Masak | Minyak sawit botol, minyak paket 1kg | Minyak zaitun premium, butter import mahal |
Roti & Biskut Asas | Roti putih, roti wholemeal asas, biskut Marie, kraker kering | Kek lapis, croissant, biskut coklat import |
Mi & Produk Bijirin | Mi segera, bihun, pasta asas | Pasta berjenama premium |
Telur | Telur ayam gred A,B,C | Telur organik import harga tinggi |
Ayam, Daging & Ikan | Ayam segar, ikan kembung, ikan selar, daging tempatan | Salmon import, wagyu, seafood premium |
Sayur-sayuran | Kangkung, bayam, kobis, sawi, timun, tomato | Sayuran import (brokoli Jepun, asparagus mahal) |
Buah-buahan Tempatan | Pisang, betik, tembikai, jambu, mangga | Anggur import, strawberi premium |
Susu & Produk Tenusu | Susu segar, susu pekat, susu tepung, yogurt asas | Susu formula import premium, keju mahal |
Makanan Bayi & Kanak-kanak | Nestum bayi, susu bayi asas, biskut bayi | Produk bayi import harga tinggi |
Barang Kesihatan & Kebersihan | Ubat demam asas, paracetamol, sabun, syampu, ubat gigi | Suplemen kesihatan mahal, kosmetik |
Alat Tulis & Keperluan Sekolah | Pensel, pen, buku latihan, pembaris, pakaian sekolah asas | Laptop, ipad, kasut berjenama mahal |
Barang Dapur Asas | Gara, kicap, sos cili, sos tomato, rempah asas | Sos import mahal, perisa premium |
Semua barangan yang termasuk dalam kategori ini akan dilabelkan dengan tanda khas SARA/MyKasih di kedai-kedai yang mengambil bahagian. Label ini akan memudahkan para penerima untuk mengenal pasti barangan yang boleh dibeli menggunakan bantuan SARA.
Barangan Yang Tidak Boleh Dibeli
Bagi mengelakkan sebarang kekeliruan, berikut adalah senarai barangan yang tidak boleh dibeli menggunakan bantuan SARA :
- Rokok, vape, dan produk tembakau.
- Minuman beralkohol (arak, wain, bir)
- Loteri, nombor ramalan & perjudian
- Makanan segera restoran francais (contoh: Kfc, Mcd, Pizza Hut)
- Gajet & elektronik (telefon, TV, komputer)
- Pakaian & aksesori berjenama mewah
- Kosmetik & produk kecantikan premium
- Perabot & barang rumah mewah
- Mainan & barang bukan asas
Cara Menggunakan Bantuan SARA di Kedai
Proses untuk menggunakan bantuan SARA di kedai adalah seperti berikut :
- Pilih barangan keperluan asas yang dilabelkan dengan tanda SARA/MyKasih.
- Serahkan MyKad anda kepada juruwang.
- Masukkan nombor PIN MyKad anda yang terdiri daripada 6 digit.
- Jumlah transaksi akan dipotong daripada kredit bantuan SARA yang ada dalam MyKad anda.
- Simpan resit pembayaran sebagai rujukan untuk menyemak baki kredit anda.
Cara Menyemak Baki dan Transaksi
Para penerima bantuan boleh menyemak baki kredit dan transaksi SARA mereka melalui saluran berikut :
- Resit yang diterima selepas setiap pembelian.
- Portal rasmi MyKasih di : https://www.mykasih.com.my/
- Applikasi Mykasih
Soalan Lazim (FAQ) Berkaitan Barangan SARA MyKasih 2025
Tidak. Hanya kedai-kedai terpilih yang telah berdaftar dengan program SARA MyKasih sahaja yang menerima pembayaran melalui kaedah ini. Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh didapati di portal rasmi SARA.
Tidak. Sistem pembayaran hanya akan membenarkan pembelian barangan yang termasuk dalam kategori asas yang telah ditetapkan sahaja. Ini bagi memastikan bantuan disalurkan untuk tujuan yang betul.
Baki kredit yang tidak digunakan akan luput selepas 31 Disember 2025.
Tidak. Bantuan SARA ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk membayar bil utiliti.
Barangan SARA MyKasih 2025
SARA MyKasih 2025 merupakan bantuan penting yang bertujuan untuk meringankan beban rakyat dalam membeli barangan keperluan asas. Dengan 14 kategori barangan yang telah ditetapkan, para penerima digalakkan untuk menggunakan bantuan ini dengan bijak dan berhemah bagi menampung kos sara hidup seharian.
Dengan memahami senarai barangan yang dibenarkan dan yang tidak termasuk, anda boleh merancang pembelian dengan lebih baik, dan seterusnya memastikan bahawa bantuan kerajaan ini dimanfaatkan sepenuhnya untuk kesejahteraan keluarga anda.
Rujukan & Maklumat Lanjut
Maklumat yang dinyatakan di atas adalah berdasarkan rujukan daripada Portal Rasmi SARA. Jika terdapat pertanyaan atau isu berkaitan Bantuan SARA, sila hubungi pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Hotline SARA : 03- 7720 1800
- Emel : [email protected]
- Laman Rasmi : sara.gov.my