BAYARAN STR FASA 2 : SEMAKAN
Bermula pada 10 Mac 2026, bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) fasa yang ke 2 akan diagihkan kepada penerima yang berkelayakan dan akan dapat meringankan beban lagi penerima untuk perayaan aidilfitri yang bakal menjelma pada tahun 2026.
Bagaimanakah cara bayaran str fasa 2 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artiekl dibawah.
BACA JUGA : MYKASIH CHECK STATUS KELAYAKAN & BAYARAN BULANAN 2026
SEMAK BAYARAN STR FASA 2 2026
Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :
| PAUTAN LAMAN RASMI STR |
|---|
| https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login |
- Pergi ke laman rasmi STR (klik pada pautan di atas).
- Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh 880330112345.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH MASUK STR FASA 2 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual yang tertera di bawah :
| KELAYAKAN PENERIMA | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Penerima Sedia Ada | Mulai 10 Mac 2026 (Selasa) |
| Penerima Baharu | Mulai 30 Mac 2026 (Isnin) |
JUMLAH BAYARAN STR FASA 2 2026
Setiap kategori penerima yang layak sama ada sedia ada dan baharu, akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan kadar yang berbeza mengikut bilangan anak seperti berikut :
- Isi Rumah Pendapatan B40(Bawah RM2,500)
- RM200 hingga RM500(tertakluk jumlah anak)
- Isi Rumah Pendapatan M40 (RM2,501 – RM5,000)
- RM100 hingga RM250(tertakluk jumlah anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan(Pendapatan Bawah RM5,000)
- RM150(setiap individu)
CARA PENYALURAN STR FASA 2 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM STR 2026
Berikut soalan lazim yang ditanya penerima bantuan str fasa 2 :
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian STR HASiL : 1800 88 2747
- Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
- E-mel STR :[email protected]