BILA RAYUAN STR MASUK? SEMAK STATUS DAN TARIKH RASMI BAYARAN
Bagi yang tidak layak atau nama anda tidak disenarai sebagai penerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) bagi agihan terakhir bulan November, anda boleh menyemak cara untuk melayakkan diri menerima rayuan STR 2025.
Bilakah Rayuan STR Masuk? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK BANTUAN MYKASIH NOVEMBER : DUIT MASUK KE IC ANDA
TARIKH BILA RAYUAN STR MASUK
Pembayaran Rayuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 2025 adalah seperti berikut :
| RAYUAN STR | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 | 13 November 2025 (Khamis) |
SEMAK RAYUAN BAYARAN STR 2025
Status Keputusan Rayuan STR 2025 ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’ boleh disemak secara online di Portal Rasmi STR seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi STR di pautan :https://bantuantunai2025.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal STR akan dipaparkan.
- Pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] tanpa sengkang (-).
- Tekan pada butang [Log Masuk].
- Seterusnya, klik [Semak].
- ‘Frasa keselamatan’ pemohon akan dipaparkan.
- Sekiranya frasa tersebut adalah betul, klik [Ya].
- Masukkan kata laluan yang betul.
- Seterusnya, klik butang [Log Masuk].
- [Profile Pemohon] akan dipaparkan.
- Kemudian, klik pada bahagian [Semakan Status].
- Maklumat [Status Permohonan STR] dan [Maklumat Pembayaran FASA 4] akan dipaparkan LULUS atau TIDAK.
- Selesai.
SYARAT LAYAK RAYUAN STR 2025
Antara syarat dan kategori kelayakan untuk menerima Bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 4 adalah seperti berikut :
- GOLONGAN ISI RUMAH
- Kahwin (Ada atau Tiada Anak); atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang mempunyai anak yang menepati syarat;
- Pendapatan Isi rumah adalah RM5,000 dan ke bawah.
- GOLONGAN WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tiada anak;
- Berumur 60 tahun dan ke atas; dan
- Pendapatan Warga Emas adalah RM5,000 dan ke bawah.
- GOLONGAN BUJANG
- Bujang; atau Ibu atau Bapa Tunggal / Balu / Janda / Duda yang tidak mempunyai anak yang menepati syarat; dan
- Berumur 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar IPTA / IPTS sepenuh masa; dan
- Pendapatan Bujang adalah RM2,500 dan ke bawah.
JUMLAH BAYARAN RAYUAN STR MASUK
Pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) mengikut kelayakan penerima bantuan adalah seperti berikut :
| KATEGORI | KADAR BAYARAN STR FASA 4 |
|---|---|
| ISI RUMAH BERPENDAPATAN < RM2500 | Tiada Anak : RM 200 1 hingga 2 Anak : RM 350 3 hingga 5 Anak : RM 500 5 Anak dan Ke atas : RM 700 |
| ISI RUMAH BERPENDAPATAN RM2501 > RM5000 | Tiada Anak : RM 100 1 hingga 2 Anak : RM 200 3 hingga 5 Anak : RM 250 5 Anak dan Ke atas : RM 350 |
| WARGA EMAS TIADA PASANGAN | RM 150 |
| BUJANG | RM 150 |
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]