CARA APPLY GURU COS : PANDUAN LENGKAP MOHON & DAFTAR GURU COS 2026
Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 ini sebagai sebahagian daripada persiapan awal KPM bagi pelaksanaan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026-2035 dan kemasukan murid berumur enam tahun ke Tahun 1 secara sukarela bermula pada tahun hadapan.
Bagaimanakah cara apply guru COS? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SARA ONE OFF 2026 : SEMAKAN STATUS
APA ITU GURU COS
Kementerian Pendidikan (KPM) akan melaksanakan inisiatif pengambilan 20,000 orang Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG9 baharu secara Contract of Service (CoS) bagi memenuhi keperluan guru di sekolah-sekolah seluruh negara.
SYARAT LAYAK APPLY GURU COS
Bagi memastikan cara permohonan untuk melayakkan diri sempurna, anda harus mengetahui syarat kelayakan seperti berikut :
- Syarat Umum
- Warganegara Malaysia
- Sihat tubuh badan
- Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
- Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
- Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
- Syarat Akademik
- Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
- Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
- Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.
CALON TAK LAYAK MOHON COS
Untuk pengetahuan semua, ada perkara yang tidak melayakkan diri untuk memohon jawatan Guru COS 2026 seperti berikut :
- Graduan Pendidikan termasuk individu yang sedang mengikuti Program Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPLI) atau Diploma Pascasiswazah Pendidikan (DPP)
- Guru Lantikan Kontrak Interim (LKI)
- Guru kontrak (Lantikan SPP)
- Calon yang pernah ditamatkan perkhidmatan atau dibuang kerja dari perkhidmatan awam
- Seorang bankrap dan belum dilepaskan.
TARIKH APPLY GURUS COS
Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:
| PERKARA | TARIKH |
|---|---|
| Hebahan Panggilan Guru | 23 Februari 2026 |
| Permohonan Dibuka | 2-20 Mac 2026 |
| Proses Saringan Temu Duga | 27 April – 14 Mei 2026 |
CARA APPLY GURU COS
Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySPP. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:
- Layari laman web rasmi mySPP di pautan: https://myspp.spp.gov.my
- Klik Daftar Akaun Baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
- Pastikan semua medan bertanda * diisi dengan lengkap.
- Klik Daftar dan semakan pengesahan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
- Log masuk ke portal menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan untuk menghantar permohonan.
SOALAN LAZIM (FAQ) APPLY GURU COS
Antara soalan yang selalu ditanya adalah :
- Apakah gred jawatan yang ditawarkan?
- DG9 secaraContract of Service.
- Apakah yang dimaksudkan dengan guru baharu lantikan contract of service?
- Graduan selain ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).
- Apakah nama program pengajian yang perlu diikuti?
- Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah.
- Apakah pautan untuk permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah?
- Layari laman sesawang : https://mypdpp.moe.gov.my
Pautan boleh diakses bermula 2 Mac 2026.
- Layari laman sesawang : https://mypdpp.moe.gov.my
- Bilakah tarikh permohonan dalam talian dibuka?
- 2 hingga 20 Mac 2026.
RUJUKAN
Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:
- Portal rasmi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM)
- Portal rasmi MySPP