CARA CHECK DUIT DALAM IC : SEMAK BAKI BANTUAN SARA MYKASIH & TARIKH AKHIR BOLEH GUNA

CARA CHECK DUIT DALAM IC : SEMAK BAKI BANTUAN SARA MYKASIH & TARIKH AKHIR BOLEH GUNA

Sumbangan Asas Rahmah (SARA) bagi tahun 2026 dijangka akan diteruskan sebagai inisiatif bantuan tanpa tunai kerajaan untuk meringankan beban golongan rentan melalui pembelian barangan keperluan asas di kedai-kedai runcit terpilih di seluruh negara.

Bagaimanakah Cara Check Duit Dalam IC? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SBP : TINGKATAN 1 & 4 2026

APA ITU DUIT DALAM IC

SARA adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. Program ini sebahagian daripada inisiatif
Payung Rahmah oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan membantu golongan B40 dan penerima golongan miskin tegar.

KATEGOR DAN JUMLAH DUIT DALAM IC

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

JADUAL AGIHAN SARA 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Bayaran setiap bulanJanuari hingga Disember 2026
Bayaran secara One OFFPertengahan Februari 2026

CARA CHECK DUIT DALAM IC 2026

Antara cara yang boleh digunakan untuk menyemak baki dalam IC adalah seperti berikut :

  1. Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
  2. Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
  6. *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  7. Tunggu pengesahan : Success!.
  8. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

BARANGAN BOLEH DIBELI MENGUNAKAN IC

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan.

SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026

Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?

Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.

Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?

Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.

Di mana saya boleh guna SARA?

SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini

Berapakah amaun SARA yang diterima?

Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.

Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]


Leave a Comment