CARA CHECK STATUS STR : FASA 1 2026 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Penerima yang berkelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 akan menerima bantuan diantara RM100 hingga RM500 mengikut kelayakan masing-masing, oleh itu penerima dinasihatkan untuk menyemak dahulu tarikh masuk dan amaun yang anda dapat.
Bagaimanakah Cara Check Status STR? Ikuti info lanjut disini sekarang.
BACA JUGA : CARA SEMAK STR : FASA 1 2026 BANTUAN RAHMAH
CARA CHECK STATUS STR
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
APA ITU STR FASA 1
STR Fasa 1 adalah pembayaran pertama bagi Sumbangan Tunai Rahmah tahun 2026, disalurkan mulai 20 Januari 2026 kepada golongan B40 dan M40 layak untuk membantu kos sara hidup, dengan bayaran dibuat ke akaun bank atau tunai melalui BSN, mengikut kategori pendapatan, dan semakan status boleh dibuat di Portal Rasmi STR LHDNM.
SYARAT LAYAK CHECK STATUS STR
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
JUMLAH STR 2026
STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600.
CARA AGIHAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT TAMBAHAN
STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
SOALAN LAZIM (FAQ) CHECK STATUS STR
Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]