CARA CHECK STR 2026 : FASA 1

CARA CHECK STR 2026 : FASA 1

Pada tahun 2026 ini, jumlah penyaluran bantuan STR yang disalurkan secara berfasa telah ditetapkan oleh kerajaan mengikut kategori masing-masing. Kategori isi rumah untuk golongan B40 dan M40 akan menerima jumlah bantuan bermula daripada RM2,200 sehingga RM200 manakala kategori warga emas tanpa pasangan pula akan menerima bantuan sebanyak RM600. Kategori bujang pada tahun ini digantikan dengan bantuan SARA secara bulanan.

Bagaimanakah Cara Check STR 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK STR 2026 : FASA 1 (BAYARAN BANTUAN)

CHECK JUMLAH STR 2026

STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:

  1. Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
    • Tiada anak : RM700
    • 1 – 2 anak : RM1,200
    • 3 – 4 anak : RM1,700
    • 5 dan ke atas : RM2,200
  2. Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
    • Tiada anak : RM200
    • 1 – 2 anak : RM450
    • 3 – 4 anak : RM700
    • 5 dan ke atas : RM950
  3. Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
    • RM600.
  4. Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
    • RM600

SYARAT LAYAK CHECK STR 2026

Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:

  • KATEGORI ISI RUMAH
    • Kahwin.
    • Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
    • Pendapatan RM5000 & ke bawah.
  • KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
    • Bujang.
    • Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
    • Berumur 60 tahun ke atas.
    • Pendapatan RM5000 ke bawah.

Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.

CARA CHECK STATUS STR 2026

Berikut merupakan panduan untuk anda melakukan semakan sama ada anda layak atau tidak untuk menjadi penerima bantuan:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
  4. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  5. Klik [Semakan Status].
  6. Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
  7. Selesai.

JADUAL BAYARAN STR 2026

Berikut merupakan jadual bayaran Bantuan STR untuk tahun 2026 :

TARIKH BAYARAN BANTUAN STR
(ANGGARAN 2026)
Fasa 1 : Februari 2026
(Sebelum Tahun Baru Cina)
Fasa 2 : Mac / April 2026
(Sebelum / Selepas Hari Raya Aidilfitri)
Fasa 3 : Ogos 2026
(Sebelum Hari Kebangsaan)
Fasa 4 : November 2026
(Sebelum Perayaan deepavali)

CARA PENYALURAN STR 2026

Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:

  • Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
  • Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
    • Tiada Maklumat akaun bank; atau
    • Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR 2026

Siapa yang perlu kemas kini maklumat?

Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.

Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?

Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.

Boleh mohon kalau tiada akaun bank?

Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.

Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?

Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.

Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?

Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

  • Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
  • Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
  • e-Mel : [email protected]

Leave a Comment