CARA DAFTAR MYKASIH 2026 : JIKA ANDA INGIN DAPATKAN BANTUAN BULANAN SARA MOHON SEGERA
Bantuan Sara MyKasih 2026 ialah sebuah inisiatif bantuan kewangan berfokus kepada golongan B40 bagi membantu kos sara hidup melalui pengagihan tunai tanpa tunai (cashless) bagi pembelian keperluan harian. Program ini diteruskan setiap tahun dengan penambahbaikan khusus untuk memastikan layak menerima sokongan secukupnya sepanjang tahun 2026.
Bagaimanakah cara daftar mykasih 2026? Ikuti info lanjut disini.
SYARAT LAYAK DAFTAR MYKASIH 2026
Syarat Kelayakan MYKASIH 2026, terdiri daripada :
- Warganegara Malaysia
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
- Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
- Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.
Kelayakan penerima SARA adalah secara automatik berdasarkan data penerima STR dan berdasarkan data Miskin Tegar dan Miskin eKasih, tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Namun permohonan diperlukan sekiranya :
- Tiada rekod dalam sistem Sumbangan Tunai Rahmah (STR); dan
- Tidak berdaftar Sistem eKasih sebagai penerima Miskin dan Miskin
JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2026
Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
- Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM600 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.
CARA DAFTAR MYKASIH 2026
Panduan lengkap cara mohon bantuan STR 2026 untuk menerima bantuan SARA adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pada laman utama MySTR 2026 – Klik butang (Permohonan Baharu).
- Sila klik butang (Ya, Teruskan) untuk teruskan permohonan tanpa menggunakan MyDigital ID.
- Paparan akan ke halaman ‘Permohonan Baru’ jika klik butang (Ya, Teruskan).
- Lengkapkan Maklumat Pemohon. Ruangan bertanda (*) adalah mandatori diisi.
- Isikan Nombor MyKad anda dan tekan butang (Semak).
- Maklumat Nama, Umur dan Jantina akan dipaparkan secara automatik berdasarkan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan tidak boleh dipinda.
- Sekiranya data tidak wujud, sila hadir ke LHDNM terdekat.
- Isikan Maklumat pemohon : Nombor Telefon Bimbit Pemohon / Pekerjaan / Pendapatan Kasar Bulanan Isi Rumah (Pemohon & Pasangan) sekiranya telah berkahwin.
- Isikan status Perkahwinan Anda.
- Isikan Alamat Surat Menyurat pemohon.
- Masukkan Maklumat Akaun Bank yang masih aktif.
- Masukkan Nombor Akaun Bank.
- Isikan Alamat e-Mel yang aktif digunakan.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Jika pemohon tiada pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Waris.
- Jika pemohon mempunyai pasangan, halaman seterusnya adalah Maklumat Pasangan.
- Masukkan maklumat pasangan yang lengkap.
- Seterusnya, jika pemohon mempunyai anak, isikan Maklumat Anak dengan lengkap.
- Muat naik dokumen Sokongan.
- Pilih Jenis Dokumen Sokongan untuk sahkan status perkahwinan dan anak.
- Klik butang (Teruskan) untuk ke halaman seterusnya.
- Isikan Maklumat Waris mengikut jenis hubungan.
- Seterusnya, anda perlu membuat pengesahan dengan mengisi Kod Captcha yang betul mengikut nilai yang dipaparkan.
- Klik pada butang (Hantar) bagi meneruskan permohonan.
- Setelah permohonan berjaya dihantar, paparan akan dipaparkan seperti berikut :
- “Permohonan Telah Berjaya Dihantar. Terima Kasih.”
- Jika anda mahu mendaftar akaun mySTR, tekan (Ya).
- Jika anda ingin mencetak maklumat permohonan, tekan (Cetak).
- Selesai.
DAFTAR EKASIH MYKASIH 2026
Pendaftaran Sistem eKasih (Kategori Miskin dan Miskin Tegar) adalah seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi eKasih, di pautan berikut: https://ekasih.icu.gov.my/Pages/Default.aspx
- Kemudian, pada halaman eKasih tersebut, sila scroll ke bawah dan klik pada [Pendaftaran eKasih].
- Proses dan Carta alir pendaftaran eKasih akan dipaparkan.
- Sila baca maklumat dengan teliti dan ikuti langkah-langkah pendaftaran seperti berikut:
- Langkah pertama, hadirkan diri ke Pejabat Daerah atau Pejabat Pembangunan Negeri yang berhampiran anda untuk membuat pendaftaran.; ATAU
- Hubungi PPN berhampiran anda mengikut negeri masing-masing untuk pendaftaran, seperti berikut:
- PPN Perlis : 04-9731976
- PPN Kedah : 04-7209236
- PPN P.Pinang : 04-2185700
- PPN Perak : 05-2497400
- PPN Selangor : 03-55213600
- PPN W.Persekutuan : 03-40419920
- PPN N.Sembilan : 06-7659945
- PPN Melaka : 06-3333333
- PPN Johor : 07-2234777
- PPN Pahang : 09-5178208
- PPN Terengganu : 09-6272000
- PPN Kelantan : 09-7457103
- PPN Sarawak : 082-492957
- PPN Sabah : 088-484800
- Ikuti proses pendaftaran yang diberikan.
- Selesai.
SEMAKAN STATUS MYKASIH 2026
Walaupun semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 masih belum dibuka, penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
- Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
MAKLUMAT TAMBAHAN
Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermulaawal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.
Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.
SOALAN LAZIM (FAQ) DAFTAR MYKASIH 2026
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]