CARA SEMAK STR 2026 (FASA 1 BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH)
Kementerian Kewangan Malaysia telah pun mengistiharkan bahawasanya 20 Januari 2026, Selasa akan disalurkan Sumbangan Tunai Rahmah bagi fasa pertama. Orang ramai sudah boleh mula melakukan beberapa perkara penting sebelum tibanya tarikh berkenaan.
Bagaimanakah Cara Semak STR 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BANTUAN SARA BULANAN 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA BAYARAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
SYARAT LAYAK SEMAK STR 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM700 |
| 1-2 anak | RM1200 |
| 3-4 anak | RM1700 |
| 5 > anak | RM2200 |
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM200 |
| 1-2 anak | RM450 |
| 3-4 anak | RM700 |
| 5 > anak | RM950 |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| RM5000 kebawah | RM600 |
CARA SEMAK STR 2026
Semakan status permohonan dan kelayakan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 secara online adalah seperti berikut :
- Sila pergi ke pautan rasmi Log Masuk mySTR 2026 di sini: https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Pengguna akan dibawa ke Halaman Utama Log Masuk mySTR.
- Masukkan No Kad Pengenalan anda.
- Tekan (Semak).
- Klik (Ya) jika kata kunci keselamatan adalah seperti yang anda telah buat.
- Seterusnya, tekan butang (Semak).
- Isi Kata Laluan yang anda telah cipta semasa pendaftaran akaun pengguna baharu.
- Klik butang (Log Masuk).
- Sekiranya anda berjaya, paparan skrin anda akan dipaparkan Dashboard MySTR.
- Butiran seperti di bawah akan dipaparkan:
- Status Permohonan STR;
- Jumlah Telah Dibayar;
- Jumlah Bayaran Keseluruhan STR; DAN
- Status Kelayakan SARA;
- Fungsi lain yang terdapat di mySTR adalah :
- Perubahan Maklumat Permohonan;
- Cetak Permohonan;
- Semakan Permohonan;
- Kemas Kini Maklumat Asas;
- Tukar Kata Laluan;
- Maklumbalas; dan
- Peti Mel.
- Untuk Semakan Status anda boleh tekan Semakan Permohonan.
- Selesai.
MAKLUMAT TAMBAHAN
STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]