CARA SEMAKAN SARA 2025 (ONLINE)
Kerajaan terus berusaha menyediakan bantuan kepada rakyat yang memerlukan termasuk Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang membolehkan penerima menerima manfaat dalam bentuk barangan keperluan asas sebagai bantuan tambahan kepada STR.
Bagaimanakah cara semakan sara? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA SEMAKAN MYKASIH 2025 (ONLINE)
KELAYAKAN BANTUAN SARA
Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:
- Warganegara Malaysia;
- Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
- Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data e-Kasih
- Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
CARA SEMAKAN SARA 2025
Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:
- Portal Rasmi MyKasih; atau
- Portal Rasmi MySTR
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
- Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
- Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
- Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
- Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
- Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
- Klik [Semak Status].
- Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
- Selesai.
Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
- Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
- Seterusnya, Klik [Semak Status]
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik pada ruangan [Semakan Status]
- Maklumat yang akan dipaparkan:
- Semakan Permohonan
- Maklumat Pembayaran
- Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
- [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
- Selesai.
CARA TERIMA BANTUAN SARA
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan disalurkan secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk penerima membeli barangan keperluan asas daripada 13 kategori produk berlabel SARA MyKasih dengan pembayaran menggunakan MyKad (IC).
BARANGAN SARA 2025
Berikut merupakan kategori barangan asas yang berlabel SARA MyKasih yang boleh dibayar menggunakan MyKad:
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Tepung
- Biskut
- Mee segera
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe)
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang)
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita)
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM)
- Barangan persekolahan (Contoh : Alat tulis, Pakaian Seragam Sekolah, Kasut Sekolah)
CARA BELI BARANGAN SARA
Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian
Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]