CHECK STATUS ONLINE SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MYSARA) 2025

CHECK STATUS ONLINE SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MYSARA) 2025

Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) 2025 merupakan usaha kerajaan Malaysia untuk membantu menangani beban perbelanjaan asas bagi mereka yang berpendapatan rendah. Adalah penting untuk tahu cara menyemak status MySARA secara dalam talian supaya anda tidak terlepas bantuan ini.

CHECK STATUS ONLINE SUMBANGAN ASAS RAHMAH

Artikel ini memberi panduan mudah tentang cara menyemak status bantuan SARA dan cara menggunakannya.

Baca Juga : CARA CHECK BAKI MYKASIH (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MYSARA)?

Sumbangan Asas Rahmah (MySARA) ialah bantuan tunai kerajaan Malaysia untuk golongan berpendapatan rendah. Ia membantu dalam pembelian barangan keperluan asas di kedai yang berdaftar dengan MyKasih. Bantuan dikreditkan ke dalam MyKad penerima dan boleh digunakan untuk membeli barang keperluan asas.

SYARAT KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN MYSARA

Untuk layak menerima MYSARA 2025, anda mesti memenuhi syarat berikut :

Penerima STR & eKasih (Miskin dan Miskin Tegar)

  • Menerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025.
  • Berdaftar dengan eKasih sebagai golongan miskin atau miskin tegar.
  • Warganegara Malaysia dan menetap di Malaysia.
  • Merupakan ketua isi rumah atau warga emas tanpa pasangan yang layak.

Anda akan menerima bantuan bulanan RM100 – RM200, mengikut kategori, mulai Januari 2025.

Penerima STR Sahaja

  • Berdaftar dan disahkan sebagai penerima STR 2025.
  • Warganegara Malaysia yang menetap di Malaysia.

Anda akan menerima bantuan RM50 – RM100 setiap bulan (April – Disember), bergantung pada kategori.

SEMAKAN STATUS SUMBANGAN ASAS RAHMAH (MYSARA) 2025

Anda boleh menyemak status MySARA anda secara dalam talian dengan ikut langkah-langkah mudah ini :

  • Langkah 1 : Lawati Laman Web Rasmi MyKasih
  • Langkah 2 : Masukkan Maklumat yang Perlu
    • Masukkan nombor kad pengenalan (MyKad)
    • Pastikan maklumat yang anda masukkan betul.
  • Langkah 3 : Klik ‘Semakan Status‘ dan Tunggu Keputusan
    • Sistem akan memproses permohonan anda dan memberitahu anda sama ada anda layak menerima bantuan atau tidak.
    • Selepas itu, maklumat tentang jumlah bantuan, tarikh pembayaran, dan senarai kedai yang menerima MySARA akan dipaparkan.

PANDUAN MENGGUNAKAN BANTUAN MYSARA

Jika anda memenuhi syarat untuk menerima bantuan, berikut ialah langkah-langkah untuk menggunakannya :

  • Kunjungi kedai berdaftar yang menggunakan sistem MyKasih seperti Mydin, Giant dan Econsave.
  • Pilih barang keperluan asas seperti beras, telur, minyak masak dan lain-lain.
  • Tunjukkan MyKad anda kepada juruwang untuk pengesahan dan pembayaran.
  • Imbas kod barangan yang anda ingin beli untuk memastikan ia termasuk dalam kategori barangan yang layak.
  • Bayar dengan MyKad anda dengan memasukkan nombor PIN 6-digit untuk mengesahkan transaksi.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah semua pasar raya dan kedai runcit menerima pembayaran melalui MyKasih SARA?

Tidak. Hanya kedai-kedai terpilih yang telah berdaftar dengan program SARA MyKasih sahaja yang menerima pembayaran melalui kaedah ini. Senarai kedai yang mengambil bahagian boleh didapati di portal rasmi SARA.

Bolehkah saya membeli barangan selain daripada barangan asas yang telah ditetapkan?

Tidak. Sistem pembayaran hanya akan membenarkan pembelian barangan yang termasuk dalam kategori asas yang telah ditetapkan sahaja. Ini bagi memastikan bantuan disalurkan untuk tujuan yang betul.

Bolehkah saya menggunakan bantuan SARA untuk membayar bil utiliti seperti elektrik dan air?

Tidak. Bantuan SARA ini hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas sahaja, dan tidak boleh digunakan untuk membayar bil utiliti.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Untuk memastikan data yang tepat dan dikemas kini, semua maklumat dalam artikel ini diperoleh daripada portal rasmi MyKasih.

Untuk maklumat lanjut atau jika ada pertanyaan, sila :

  • Hubungi Talian Hotline MyKasih : (603) 7720 1800
  • Hantar emel ke : [email protected]
  • Atau terus lawati portal rasmi MyKasih untuk semakan status terkini.

Leave a Comment