GURU COS 2026 : CARA PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & TARIKH BUKA

GURU COS 2026 : CARA PERMOHONAN, SYARAT KELAYAKAN & TARIKH BUKA

Inisiatif ini adalah sebahagian usahasama Kementerian KPM serta Kerajaan dalam meningkatkan sistem pendidikan negara. Calon yang terpilih akan menjalani latihan ikhtisas di Institut Pendidikan Guru (IPG) di seluruh negara. Taraf perjawatan mereka adalah secara Contract of Service (CoS).

Bagaimanakah cara mohon GURU COS 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA APPLY GURU COS : PANDUAN LENGKAP MOHON & DAFTAR GURU COS 2026

SYARAT MOHON GURU COS 2026

Bagi calon yang berminat menyertai pengambilan ini, terdapat beberapa syarat umum dan akademik perlu dipenuhi. Antaranya seperti berikut:

  • Syarat Umum
    • Warganegara Malaysia
    • Sihat tubuh badan
    • Aktif kokurikulum pada peringkat universiti
    • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tarikh tutup permohonan dan;
    • Memiliki BMI semasa tidak melebihi 32.5.
  • Syarat Akademik
    • Memiliki ijazah sarjana muda dari mana-mana universiti awam atau swasta atau luar negara yang diiktiraf oleh Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)
    • Pencapaian PNGK sekurang-kurangnya 2.50
    • Memiliki Kepujian (sekurang-kurangnya gred C) dalam subjek Bahasa Melayu pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau Sijil Vokasional Malaysia atau kelulusan setaraf yang diiktiraf kerajaan.

CARA MOHON GURU COS 2026

Proses permohonan boleh dilakukan secara dalam talian (online) melalui portal mySPP. Berikut adalah langkah-langkah permohonan:

  1. Layari laman web rasmi mySPP di pautan: https://myspp.spp.gov.my
  2. Klik Daftar Akaun Baharu dan lengkapkan maklumat yang diperlukan.
  3. Pastikan semua medan bertanda * diisi dengan lengkap.
  4. Klik Daftar dan semakan pengesahan akan dihantar ke e-mel yang didaftarkan.
  5. Log masuk ke portal menggunakan MyID dan kata laluan yang didaftarkan untuk menghantar permohonan.

TARIKH PENTING MOHON COS 2026

Berikut ialah proses pengambilan dan tarkh-tarikh penting yang perlu diberi perhatian:

PERKARATARIKH
Hebahan Panggilan Guru23 Februari 2026
Permohonan dibuka2-20 Mac 2026
Proses saringan temuduga27 April – 14 Mei 2026

SOALAN LAZIM (FAQ)

Apakah gred jawatan yang ditawarkan?

DG9 secaraContract of Service.

Apakah yang dimaksudkan dengan guru baharu lantikan contract of service?

Graduan selain ijazah pendidikan yang dilantik secara kontrak dan akan mengikuti program pengajian perguruan di Institut Pendidikan Guru (IPG).

Apakah nama program pengajian yang perlu diikuti?

Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah.

Apakah pautan untuk permohonan Diploma Pascasiswazah Pendidikan Sekolah Rendah?

Layari laman sesawang : https://mypdpp.moe.gov.my Pautan boleh diakses bermula 2 Mac 2026.

Bilakah tarikh permohonan dalam talian dibuka?

2 hingga 20 Mac 2026.

RUJUKAN

Untuk mengetahui maklumat lanjut dan info terkini mengenai pengambilan guru 2026, sila rujuk:

Leave a Comment