JUMLAH STR 2026 : SEMAK JUMLAH BAYARAN BANTUAN FASA 1
Pengkreditan Sumbangan Tunai Rahmah akan bermula pada 20 Januari 2026, Selasa bagi fasa yang pertama. Bantuan yang disalurkan adalah secara tunai dan terus kepada akaun bank penerima yang didaftarkan dalam akaun MySTR penerima. Penerima digalakkan untuk membuat semakan status terkini secara dalam talian dengan melayari laman rasmi STR yang disertakan dibawah.
Berapakah Jumlah STR 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : CARA CHECK STR 2026 : FASA 1
JUMLAH STR 2026
STR Fasa 1 2026 mengekalkan sistem agihan berdasarkan kategori penerima yang layak. Bujang tidak termasuk dalam agihan kali ini. Jumlah sebenar bagi setiap fasa akan mengikut pengumuman rasmi dari kerajaan. Berikut perincian jumlah Bantuan STR 2026:
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN <RM2500)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM700 |
| 1-2 anak | RM1200 |
| 3-4 anak | RM1700 |
| > 5 anak | RM2200 |
ISI RUMAH B40 (PENDAPATAN BULANAN RM2501-RM5000)
| BILANGAN ANAK | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| 0 anak | RM200 |
| 1-2 anak | RM450 |
| 3-4 anak | RM700 |
| > 5 anak | RM950 |
WARGA EMAS TIADA PASANGAN
| PENDAPATAN BULANAN | KELAYAKAN MAKSIMUM (RM) |
|---|---|
| Bawah RM5000 | RM500 |
SYARAT LAYAK STR 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 1 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian:Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
SEMAK STATUS STR 2026
Panduan cara log masuk Portal MySTR 2026 untuk semakan status permohonan dan kelayakan dan pembayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR) secara online, seperti berikut :
- Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan.
- Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk]
- Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
- Klik [Semakan Status].
- Maklumat [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Bayaran] akan dipaparkan.
- Selesai.
TARIKH STR 2026 FASA 1
Fasa 1 untuk sesi 2026 bagi penyaluran Sumbangan Tunai Rahmah adalah pada 20 Januari 2026 iaitu hari Selasa. Bantuan akan disalurkan kepada penerima secara terus yang dimasukkan ke dalam akaun bank.
Sekiranya akaun bank tidak aktif, anda boleh melakukan penunaian di kaunter Bank Simpanan Nasional yang berdekatan dengan anda.
SOALAN LAZIM
Berikut adalah soalan yang selalu diajukan oleh penerima bantuan:
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]