LAFAZ NIAT SEMBELIHAN : IBADAH KORBAN RAYA HAJI

LAFAZ NIAT SEMBELIHAN : IBADAH KORBAN RAYA HAJI

Ibadah Korban merupakan salah satu amalan sunat yang sangat dianjurkan dalam Islam. Ia dilakukan pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyriq. Di Malaysia acara penyembelihan ternakan korban ini dilakukan di masjid, surau, padang awam, balai raya ataupun rumah persendirian. Ibadah korban juga boleh memupuk jati diri seseorang agar lebih lagi mempunyai sifat bersyukur dan merendah diri yang lebih baik.

Bagaimanakah Lafaz Niat Sembelihan? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : CARA PEMBAHAGIAN DAGING KORBAN (PANDUAN LENGKAP)

APA ITU IBADAH KORBAN

Ibadah korban bermaksud penyembelihan binatang ternakan tertentu pada Hari Raya Aidiladha dan hari-hari Tasyrik (11, 12 dan 13 Zulhijjah) dengan tujuan mendekatkan diri kepada Allah SWT. 

Ibadah ini mengingatkan umat Islam akan ketaatan dan pengorbanan Nabi Ibrahim AS yang bersedia mengorbankan anaknya, Nabi Ismail AS atas perintah Allah SWT.

Sabda Rasulallah SAW,

 إِذَا دَخَلَتِ الْعَشْرُ وَأَرَادَ أَحَدُكُمْ أَنْ يُضَحِّيَ فَلاَ يَمَسَّ مِنْ شَعَرِهِ وَبَشَرِهِ شَيْئًا

Maksudnya: Apabila telah masuknya sepuluh (hari terawal Zulhijjah), dan salah seorang daripada kamu hendak melakukan ibadah korban maka janganlah dia memotong rambutnya serta kukunya.

HUKUM MELAKUKAN IBADAH KORBAN

Terdapat dua hukum yang membolehkan untuk melakukan ibadah korban seperti berikut:

  • Sunat muakkad
    • Bermaksud sekiranya seseorang itu mempunyai lebihan harta dari keperluan dirinya dan keluarga yang ditanggungnya pada siang hari raya haji dan malamnya serta hari-hari tasyriq tetapi dia tidak melakukan korban maka hukumnya adalah makruh.
  • Sunat kifayah
    • Sekiranya isi rumah lebih dari seorang dan mereka adalah di bawah tanggungan wajib salah seorang dari mereka maka jika korban dilakukan oleh salah seorang dari mereka yang mukallaf maka gugur tuntutan dari yang lain dan gugur hukum makruhnya. Namun pahala korban hanya akan diperoleh oleh orang yang melakukan korban melainkan sekiranya dia meniatkan pahala untuk orang yang lain.

SYARAT SAH KORBAN LEMBU

Syarat sah korban lembu merangkumi dua perkara seperti berikut :

  • Niat untuk taqarrub diri kepada Allah SWT. Waktu niat korban adalah semasa menyembelih atau semasa membeli ternakan korban. 
  • Memilih ternakan korban yang boleh dikongsi bahagianseperti unta, lembu dan kerbau jika ingin berkongsi tujuh orang.  Manakala kambing atau biribiri dikhususkan untuk seorang yang mewakili satu bahagian.

HUKUM LAFAZ NIAT SAH DAGING KORBAN

Terdapat 4 syarat sah seperti berikut :

  • Haiwan ternakan sahaja
  • Sihat dan bebas daripada sebarang penyakit
  • Tidak cacat
  • Minimum umur haiwan ternakan yang dibenarkan untuk korban.

LAFAZ NIAT SEMBELIHAN DAGING KORBAN

Mengikut Mufti WP, terdapat dua cara niat yang boleh di hafal iaitu adalah seperti berikut :

  • Pemilik atau peserta korban berniat sendiri:
    • Ketika mengasingkan haiwan dari haiwan miliknya di kandang atau ketika akad jual beli. Maka dia berniat “Haiwan yang aku asingkan ini ialah untuk korban.” Atau “Haiwan aku beli ini ialah untuk korban.”
    • Ketika dia menyembelih haiwan korbannya (sembelih sendiri).
    • Ketika haiwan korban sedang disembelih (disembelih oleh wakil).
    • Ketika bernazar dengan menentukan secara khusus haiwan miliknya yang akan dikorbankan.
  • Niat oleh wakil iaitu berlaku dalam dua keadaan:
    • Peserta mewakilkan tukang sembelih berniat bagi pihaknya ketika sembelih.
    • Peserta mewakilkan seseorang untuk berniat bagi pihaknya ketika wakilnya itu menyerahkan haiwan kepada tukang sembelih.

RUJUKAN

Artikel diatas adalah sumber rujukan daripada pelbagai sumber yang diberikan seperti berikut :

  • GARIS PANDUAN PELAKSANAAN IBADAH QURBAN – JABATAN KEMAJUAN ISLAM MALAYSIA
  • IRSYAD FATWA HAJI DAN KORBAN SIRI KE-55 : HUKUM NIAT AWAL SEBELUM HARI SEMBELIHAN KORBAN – MUFTI WP

Leave a Comment