SEMAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Bagi yang berkelayakan menerima bantuan kewangan pada tahun 2026 seperti golongan Isi Rumah, Warga Emas dan juga Bujang, anda boleh menyemak status kelayakan dan juga mengemaskini status terbaru pada tahun 2026 semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi SARA atau laman web MyKasih.
Bagaimanakh Cara semakan Mykasih 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.
BACA JUGA : GAJI KAKITANGAN KERAJAAN NOVEMBER 2025 – INFO DAN TARIKH BAYARAN
SEMAKAN MYKASIH 2026 : SEMAK STATUS BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH (SARA)
Semakan kelayakan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2026 masih belum dibuka, penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
- Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SYARAT LAYAK SEMAKAN MYKASIH 2026
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas diberikan kepada rakyat-rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH LAYAK BANTUAN MYKASIH 2026
Kategori yang berkelayakan seperti Isi rumah, Warga Emas dan juga Bujang akan menerima kadar bayaran Bantuan Sumbangan Asas Rahmah ialah seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
- Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM600 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.
BARANGAN LULUS MYKASIH 2026
Antara barangan keperluan asas yang diluluskan dibawah program Mykasih ialah seperti berikut :
- Beras.
- Mi Segera.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH
Berikut adalah soalan yang paling ramai bertanya tentang Sumbangan Asas Rahmah (SARA) :
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]