MYKASIH 2026 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA (RM2400 & RM1200 & RM600)

MYKASIH 2026 DALAM MYKAD : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA (RM2400 & RM1200 & RM600)

Kelayakan SARA 2026 adalah secara automatik berdasarkan data dalam sistem eKasih untuk golongan Miskin dan Miskin Tegar sehingga 31 Oktober 2025 dan juga pada tarikh semakan berkala yang dilakukan. Pemakluman ini dilakukan bagi mengesahkan status penerima program beserta tarikh dan masa untuk sertai taklimat mengenai program.

Bagaimanakah semakan MyKasih 2026 Dalam Mykad? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : CEK KELAYAKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN BANTUAN SARA SETIAP BULAN DALAM IC

APA ITU MYKASIH 2026 DALAM MYKAD

SARA adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. Program ini sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah
oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan membantu golongan B40 dan penerima golongan miskin tegar.

KATEGORI MYKASIH 2026

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

TARIKH MYKASIH 2026 DALAM MYKAD

Tarikh pembayaran SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, bayaran bantuan ini akan dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar.

Untuk makluman terkini, kami akan mengemas kini sebarang perubahan dari masa ke semasa, termasuk tarikh pembayaran dan fasa-fasa bayaran.

BARANGAN MYKASIH 2026

Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :

  • Beras.
  • Mi Segera.
  • Roti.
  • Biskut.
  • Telur.
  • Gula dan Garam.
  • Sos, Kicap dan sebagainya.
  • Tepung.
  • Minyak masak.
  • Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
  • Ubat-ubatan
  • Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
  • Lampin pakai buang.
  • Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.

LINK SEMAKAN MYKASIH 2026

Sila layari pautan (link) Portal Rasmi Sumbangan Asas Rahmah (SARA) di bawah dan ikuti panduan lengkap cara semak status kelayakan :

  1. Sila layari portal rasmi di :https://www.sara.gov.my/
  2. Paparan halaman utama Portal Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
  3. Terus klik pada butang [Semak Kelayakan].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Isikan ruangan yang disediakan dengan nombor Kad Pengenalan (IC).
  6. *Pastikan tanpa jarak dan tanpa sengkang (-).
  7. Tunggu pengesahan : Success!.
  8. Kemudian, klik butang [Semakan Status].
  9. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  10. Selesai.

JADUAL AGIHAN BANTUAN MYKASIH 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BANTUAN
Bantuan SARA setiap bulanJanuari hingga Disember 2026
Bantuan SARA One OffPertengahan bulan Februari 2026

MAKLUMAT TAMBAHAN MYKASIH 2026

Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.

Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerima bantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2026 DALAM MYKAD

  • Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
    • Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
  • Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
    • Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
  • Di mana saya boleh guna SARA?
    • SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
  • Berapakah amaun SARA yang diterima?
    • Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
  • Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment