MYKASIH RM100 DALAM MYKAD – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

MYKASIH RM100 DALAM MYKAD – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

Penglibatan peruntukan untuk Program Bantuan Penghargaan SARA adalah sebanyak RM2 billion disalurkan kepada 22 juta rakyat dewasa Malaysia sebagai tanda Kerajaan MADANI menghargai rakyat Malaysia dengan pemberian penghargaan sebanyak RM100 setiap seorang penerima berumur 18 tahun keatas.

Bagaimanakah semakan Mykasih RM100 Dalam Mykad? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah sehingga akhir.

BACA JUGA : SARA EKASIH SEMAKAN – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEGERA

SEMAKAN MYKASIH RM100 DALAM MYKAD

Ikuti cara semak status penerima Bantuan Penghargaan SARA seperti berikut :

  1. Sila layari Laman Portal Rasmi SARA di pautan ini : https://www.sara.gov.my/.
  2. Halaman utama ‘Penghargaan SARA ‘ akan dipaparkan.
  3. Sila klik pada butang [Semak Kelayakan] untuk semakan status kelayakan Sumbangan Asas Rahmah RM100 One-off.
  4. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus.
  5. Masukkan Nombor MyKad pada ruangan yang disediakan tanpa sengkang (-).
    • Contoh : 700230112345.
  6. Seterusnya, klik pada butang [Semakan Status] di bawah.
  7. Status kelayakan anda akan dipaparkan.
  8. Selesai.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH RM100 DALAM MYKAD

Bagi yang layak boleh menyemak status kelayakan seperti berikut :

  • Warganegara Malaysia yang berdaftar;
  • Berumur 18 tahun keatas;
  • Tanpa mengira pendapatan.

BARANGAN LULUS MYKASIH RM100

Berikut merupakan kategori barangan yang diluluskan dengan pembayaran menggunakan kredit SARA RM100 :

  • Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  • Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  • Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  • Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  • Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  • Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  • Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  • Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  • Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  • Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  • Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  • Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  • Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  • Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

TARIKH MASUK BANTUAN MYKASIH RM100

Bantuan RM100 ONE-OFF akan dikreditkan ke IC atau MyKad (Kad Pengenalan) penerima pada 31 Ogos 2025 (Ahad). Kredit yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya dan SAH digunakan sehingga 31 Disember 2025.

SOALAN LAZIM MYKASIH RM100

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
    • Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment