MYKASIH SEMAKAN STATUS 2026 : LAYAK ATAU TIDAK JADI PENERIMA BAYARAN BANTUAN SARA RM100, RM200
Dalam suasana kos sara hidup yang terus menjadi perhatian rakyat, Sumbangan Asas Rahmah RM100 kembali menjadi topik utama yang dinanti-nantikan. Ramai yang terlepas maklumat tepat, keliru tentang tarikh kredit atau tidak sedar bagaimana bantuan ini boleh dimanfaatkan secara maksimum.
Bagaimanakah MyKasih Semakan Status 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BANTUAN SEKOLAH RM150 (SESI 2026) : TARIKH RASMI BAYARAN & SEMAK STATUS KELAYAKAN MURID
APA ITU MYKASIH
MyKasih adalah bantuan tunai yang dikreditkan secara cashless ke dalam MyKad penerima yang layak. Bantuan ini boleh digunakan untuk membeli pelbagai barangan asas di lebih 7,300 kedai dan pasar raya berdaftar di seluruh negara. Program ini sebahagian daripada inisiatif Payung Rahmah oleh Kementerian Kewangan Malaysia, bertujuan membantu golongan B40 dan penerima golongan miskin tegar.
KATEGORI MYKASIH STATUS 2026
Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:
- Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
- Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
- Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
- Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.
TARIKH KREDIT MYKASIH 2026
Bagi mengelakkan kekeliruan, setiap jenis bantuan mempunyai tarikh kredit yang berbeza. Jadual di bawah merangkumkan maklumat utama yang perlu diberi perhatian:
| JENIS PENERIMA | KATEGORI PENERIMA | TARIKH KREDIT |
|---|---|---|
| Sumbangan Asas Rahmah RM100 | Warganegara dewasa 18 tahun ke atas | 9 Februari 2026 |
| Sumbangan Asas Rahmah (SARA) | Penerima miskin tegar | 9 Februari 2026 |
| Sumbangan Tunai Rahmah (STR) Fasa 1 | Isi rumah & individu layak | 20 Januari 2026 |
CARA MYKASIH SEMAKAN STATUS 2026
Penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
- Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
BARANGAN MYKASIH 2026
Antara barang-barang keperluan asas yang boleh dibeli dengan menggunakan Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah :
- Beras.
- Mi Segera.
- Roti.
- Biskut.
- Telur.
- Gula dan Garam.
- Sos, Kicap dan sebagainya.
- Tepung.
- Minyak masak.
- Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis.
- Ubat-ubatan
- Sabun, kelengkapan mandian dan bahan pencuci.
- Lampin pakai buang.
- Barangan persekolahan – kasut, beg, buku alat tulis, pakaian seragam dan sebagainya.
SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH SEMAKAN STATUS
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]