PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA DAFTAR ONLINE & SEMAK STATUS KELAYAKAN

PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA DAFTAR ONLINE & SEMAK STATUS KELAYAKAN

Dalam era ekonomi yang semakin berkembang, lesen motosikal menjadi keperluan utama bagi ramai belia terutamanya penghantar makanan dan barangan. Justeru, inisiatif ini membolehkan mereka memulakan kerja sah tanpa menanggung beban kos tinggi. Ia juga antara bukti nyata komitmen kerajaan dalam membantu belia dan keluarga B40 menambah pendapatan.

Bagaimanakah semakan Lesen Percuma 2026? Ikuti info lanjut disini sekarang.

BACA JUGA : BANTUAN BANJIR RM1000 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA MEMOHON

TUJUAN ADA LESEN PERCUMA 2026

Program MyLesen B2 mula diperkenalkan oleh kerajaan bagi membantu rakyat, khususnya anak muda yang tidak mampu menanggung kos lesen memandu. Bagi lesen motosikal kelas B2, kos biasa mencecah antara RM400 hingga RM600 seorang. Dengan pelaksanaan program ini, peserta akan menjalani latihan, kursus teori dan ujian praktikal JPJ tanpa perlu membayar apa-apa yuran.

Tujuan utama MyLesen B2 adalah untuk melahirkan penunggang yang lebih berdisiplin dan berlesen, sekaligus mengurangkan kadar kemalangan akibat menunggang tanpa lesen. Selain itu, ia juga menyokong keperluan tenaga kerja dalam sektor penghantaran yang semakin berkembang pesat selepas pandemik COVID-19.

SYARAT LAYAK PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026

Bagi memastikan bantuan diberikan kepada mereka yang benar-benar layak, berikut ialah syarat lengkap:

  • Warganegara Malaysia berumur antara 16 hingga 30 tahun.
  • Belum memiliki lesen motosikal kelas B2.
  • Daripada keluarga berpendapatan rendah (kategori B40).
  • Pelajar sekolah menengah, pelajar institusi pengajian tinggi, atau belia yang belum bekerja.
  • Tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan trafik berat atau kes polis aktif.

*Nota : Calon yang layak akan disenarai pendek oleh pihak JPJ sebelum menghadiri kursus latihan teori dan praktikal di institut memandu yang diiktiraf.

MANFAAT UTAMA LESEN 2026

MyLesen B2 bukan sekadar memberi lesen percuma. Ia memberi kesan langsung kepada taraf hidup dan peluang ekonomi peserta. Antara manfaat utama:

  • Latihan teori dan praktikal percuma di institut memandu berlesen JPJ.
  • Meningkatkan peluang pekerjaan sebagai penghantar makanan, e-dagang dan perkhidmatan komuniti.
  • Mengurangkan risiko kemalangan akibat penunggang tanpa lesen.
  • Menjimatkan kos antara RM500 hingga RM600 setiap peserta.
  • Membantu belia berdikari serta menambah kemahiran asas jalan raya.

CARA MOHON LESEN PERCUMA 2026

Proses permohonan Lesen Memandu Percuma 2026 kini dipermudahkan melalui portal rasmi myJPJ. Pemohon hanya perlu mendaftar akaun menggunakan nombor kad pengenalan dan e-mel aktif. Setelah akaun disahkan, pemohon boleh terus mengisi borang permohonan MyLesen B2 secara digital.

LAMAN RASMI PERMOHONAN
https://www.jpj.gov.my/myjpj/
  1. Layari Portal Rasmi JPJ, di pautan berikut: https://www.jpj.gov.my/
  2. Dapatkan borang Permohonan Lesen Percuma MyLESEN B2 2026.
  3. Kemudian, Isi maklumat permohonan di ruangan yang disediakan dengan lengkap.
  4. Sertakan sekali dokumen sokongan yang diperlukan seperti [Kad Pengenalan], [Keputusan Ujian Saringan Kesihatan], dan [Gambar Pasport].
  5. Setelah itu, pemohon hendaklah memilih Pusat Latihan Memandu yang berdekatan untuk menjalani Latihan Praktikal, dan hantar borang tersebut.
  6. Setelah permohonan diluluskan, Pihak JPJ akan mengatur jadual latihan memandu dan memaklumkan tarikh ujian praktikal
  7. Pastikan pemohon hadir pada kesemua tarikh yang ditetapkan untuk memastikan permohonan tidak terbatal.
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN LESEN PERCUMA

Berikut adalah anggaran bagi bantuan Lesen Percuma :

KomponenAnggaran Kos (RM)
Kursus Teori & UjianRM250
Latihan Praktikal Institut MemanduRM200
Bayaran Lesen (L & P)RM100
Insurans, Pemeriksaan & FailRM50
JUMLAH ANGGARANRM600

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini. Anda juga boleh kunjungi cawangan Jabatan pengangkutan Jala Raya (JPJ) yang berdekatan.

  • Talian Bantuan : 03 8000 8000
  • Portal Rasmi : https://www.jpj.gov.my/
  • e-Mel : [email protected]

3 thoughts on “PERMOHONAN LESEN PERCUMA 2026 : CARA DAFTAR ONLINE & SEMAK STATUS KELAYAKAN”

Leave a Comment