PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2026 : CARA DAFTAR BANTUAN SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK
Kerajaan Sarawak terus memperkukuh jaringan keselamatan sosial buat golongan sasar menerusi penerusan program Sumbangan Khas Sarawak (SKAS) bagi tahun 2026. Inisiatif ini merupakan bukti keprihatinan Premier Sarawak dalam meringankan kos sara hidup khusus bagi warga emas dan ibu tunggal di seluruh pelosok negeri.
Bagaimanakah Permohonan SKAS Sarawak 2026? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BAYARAN SARA 2026 : SEMAKAN KELAYAKAN PENERIMA YANG BERSTATUS LAYAK
APA ITU PERMOHONAN SKAS SARAWAK 2026
Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS) merupakan bantuan tunai khas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Sarawak untuk rakyat nya yang terdiri daripada golongan B40 bertujuan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pemberian kewangan.
SYARAT DAN KATEGORI SKAS SARAWAK 2026
Beikut adalah kategori kelayakan untuk melayakkan diri menerima bantuan SKAS Sarawak 2026 :
SYARAT UMUM :
- Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
- Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
- Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.
KATEGORI PENERIMA :
- Kategori Isi Rumah
- Kahwin; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
- Tiada had umur.
- Kategori Bujang
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
- Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
- Had umur adalah 21-59 tahun; dan
- Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
- Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
- Kategori Warga Emas
- Bujang; atau
- Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
- Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
- Had umur 60 tahun dan ke atas.
CARA MOHON SKAS SARAWAK 2026
Permohonan Bantuan SKAS Sarawak tahun 2026 masih belum dibuka. Namun, kelayakan penerima SKAS adalah secara automatik berdasarkan penerima STR 2024 tanpa sebarang permohonan diperlukan.
Namun begitu, sekiranya anda layak menerima bantuan SKAS tetapi tidak tersenarai sebagai penerima, anda boleh mengemukakan permohonan menggunakan SarawakPass, dan jika belum mempunyai SarawakPass, pendaftaran perlu dilakukan terlebih dahulu.
Jika anda belum mempunyai akaun S PAY GLOBAL untuk menerima pembayaran, pendaftaran dan pengaktifan akaun S PAY GLOBAL boleh dilakukan seperti berikut:
- Muat Turun Aplikasi S PAY GLOBAL dari :
- Google Play Store (pengguna Android);
- Apple App Store (pengguna iOS).
- Setelah selesai muat turun, buka aplikasi dan pilih “Daftar Akaun Baru”.
- Kemudian, masukkan maklumat peribadi yang diperlukan dengan pada bahagian pendaftaran.
- Setelah itu, pengesahan akaun perlu dilakukan. Ikuti arahan untuk pengesahan akaun melalui emel atau SMS.
- Seterusnya, kemas Kini Maklumat dan pastikan maklumat peribadi seperti nombor akaun bank dan alamat telah dikemas kini untuk memastikan proses pembayaran berjalan lancar.
- Selesai.
SEMAKAN KELAYAKAN SKAS SARWAK
Semakan status kelayakan secara online adalah seperti berikut:
- Layari Portal Rasmi Kerajaan Sarawak di sini:https://sarawak.gov.my/
- Kemudian, klik [Check Eligibility].
- Seterusnya, anda dikehendaki [Log Masuk] menggunakan [Sarawak ID] anda. Sekiranya anda belum mendaftar Sarawak ID, anda boleh membuat pendaftaran terlebih dahulu di laman portal yang sama.
- Klik [My Individual Account].
- Kemudian, Masukkan [Nombor Kad Pengenalan] anda di ruangan yang disediakan untuk membuat semakan status dan tekan [Search].
- Seterusnya, [Status Kelayakan Penerima] dan [Maklumat Pembayaran] akan dipaparkan sama ada anda ‘LULUS’ atau ‘TIDAK’ sebagai penerima bantuan SKAS SARAWAK.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS
Berikut merupakan soalan lazim (FAQ) mengenai SKAS SARAWAK 2026:
- Siapa yang layak menerima SKAS?
- Golongan B40 di Sarawak termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah.
- Bagaimana cara semak SKAS Sarawak?
- Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad melalui portal rasmi SKAS.
- Adakah SKAS sama dengan STR?
- Tidak. STR ialah bantuan kerajaan persekutuan, manakala SKAS khusus untuk rakyat Sarawak.
- Bilakah tarikh bayaran SKAS 2025?
- Dijangka bermula pada 2026 mengikut jadual yang diumumkan kerajaan negeri.
- Berapa jumlah maksimum bantuan SKAS?
- Jumlah tertinggi adalah RM800 bagi kategori isi rumah.
RUJUKAN
Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Pusat Talian khidmat: +6082-555999
- e-Mel:[email protected]