PORTAL SEMAKAN MYKASIH : 2025 SEMAK STATUS ONLINE

PORTAL SEMAKAN MYKASIH : 2025 SEMAK STATUS ONLINE

Seramai 5.4 juta daripada 8.5 juta penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) telah terpilih untuk menerima Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) atau nama lain Mykasih bagi sepanjang tahun 2025 ini melalui kad pengenalan yang disalurkan secara direct setiap bulan sebanyak RM100.

Bagaimanakah cara semakan melalui portal Mykasih? Ikuti info lanjut sehingga akhir.

BACA JUGA : DENGAN SIAPA SAYA TIDAK BOLEH BERSALAM : RUJUKAN DARI JAKIM MALAYSIA

PORTAL SEMAKAN MYKASIH 2025

Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status, iaitu :

PORTAL PERTAMAPORTAL KEDUA
MyKasih (SARA)Sumbangan Tunai Rahmah (STR)

Ikuti kedua-dua panduan semakan status di bawah :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Selesai.

Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].

  1. Halaman utama Portal Rasmi STR akan dipaparkan, klik [TUTUP] pemakluman terkini.
  2. Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  3. Sila klik pada butang [Log Masuk].
  4. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  5. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  6. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  7. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  8. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Seterusnya, klik pada butang [Semakan 2025] di bawah.
  10. Status bayaran [Bantuan SARA] akan dipaparkan ‘Lulus’ atau ‘Tidak Lulus’.
  11. Selesai.

SISTEM SEMAKAN SARA STR

Kerajaan telah menyelaraskan sistem Sumbangan MyKasih kepada semua penerima STR di seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak seperti berikut :

  1. Setelah penerima diluluskan dan didaftarkan Mykasih, akaun akan dibuka berdasarkan Nombor Kad Pengenalan penerima dalam sistem Mykasih yang mana elaun perbelanjaan akan disimpan.
  2. Penerima akan menerima elaun bulanan melalui Kad Pengenalan untuk membeli barang keperluan asas terpilih.
  3. Pasar raya dan Kedai runcit yang mengambil bahagian dalam program pembelian tanpa tunai ini akan mempunyai infrastruktur sistem pembayaran MyKasih di dalam premis mereka di mana penerima dapat membuat pembayaran menggunakan Kad Pengenalan.

JUMLAH BANTUAN MYKASIH 2025

  • Penerima MyKasih STR Daftar e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH SUMBANGAN
SEBULAN
JUMLAH SUMBANGAN
SETAHUN
ISI RUMAHRM100/RM200RM2,100
WARGA EMASRM100/RM150RM1,650
BUJANGRM50RM600
  • Penerima Mykasih STR Bukan e-Kasih :
KATEGORI PENERIMAJUMLAH SUMBANGAN
SEBULAN
JUMLAH SUMBANGAN
SETAHUN
ISI RUMAHRM100RM900
WARGA EMASRM50RM450

TARIKH BAYARAN MYKASIH 2025

Berikut merupakan tarikh Sumbangan MyKasih kepada penerima STR yang daftar e-Kasih dan penerima STR bukan e-Kasih :

  • Penerima MyKasih STR Daftar e-Kasih :
    • 15/01/2025 (Rabu)
    • 01/02/2025 (Sabtu)
    • 01/03/2025 (Sabtu)
    • 01/04/2025 (Selasa)
    • 01/05/2025 (Khamis)
    • 01/06/2025 (Ahad)
    • 01/07/2025 (Selasa)
    • 01/08/2025 (Jumaat)
    • 01/09/2025 (Isnin)
    • 01/10/2025 (Rabu)
    • 01/11/2025 (Sabtu)
    • 01/12/2025 (Isnin)
  • Penerima MyKasih STR Bukan e-Kasih :
    • 01/04/2025 (Selasa)
    • 01/05/2025 (Khamis)
    • 01/06/2025 (Ahad)
    • 01/07/2025 (Selasa)
    • 01/08/2025 (Jumaat)
    • 01/09/2025 (Isnin)
    • 01/10/2025 (Rabu)
    • 01/11/2025 (Sabtu)
    • 01/12/2025 (Isnin)

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment