PORTAL SEMAKAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

PORTAL SEMAKAN SARA 2025 : SEMAKAN STATUS ONLINE

Program Bantuan MyKasih adalah dilaksanakan secara berperingkat sepanjang tahun 2025 bagi membantu mengurangkan bebanan kos sara hidup rakyat khususnya golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana dan memungkinkan secara langsung membantu sedikit sebanyak rakyat Malaysia dibawah pimpinan Kerajaan MADANI pada tahun 2025.

Bagaimanakah Semakan Sara 2025? Ikuti info lanjut sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : PORTAL SEMAKAN MYKASIH : 2025 SEMAK STATUS ONLINE

PORTAL RASMI

Terdapat dua (2) portal rasmi yang boleh diakses untuk semakan status, iaitu :

  • Portal Rasmi Mykasih; atau
  • Sumbangan Tunai Rahmah (STR).

PORTAL SEMAKAN SARA 2025

Ikuti panduan di bawah untuk membuat semakan status terkini bantuan SARA MyKasih melalui portal rasmi SARA :

  1. Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘Tiada Rekod Ditemui’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘Tiada Rekod Ditemui’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi STR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  10. Selesai.

SEMAKAN BAKI SARA 2025

Ikuti panduan cek baki MyKasih seperti berikut :

  1. Muat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  3. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  4. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  5. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  6. Klik pada butang [Next] di bawah.
  7. Baki Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
  8. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Pengkreditan Bantuan MyKasih adalah dengan amaun seperti berikut :

  • Penerima Berstatus Miskin & Miskin Tegar :
    • Isi Rumah : RM2,100 setahun;
    • Warga Emas : RM1,650 setahun;
    • Bujang : RM600 setahun.
  • Penerima Berstatus Asas Bukan Miskin :
    • Isi Rumah : RM900 setahun;
    • Warga Emas : RM450 setahun.

SENARAI BARANGAN SARA 2025

Antara kegunaan Bantuan MyKasih adalah khas untuk pembelian barangan keperluan asas seperti berikut :

  • Beras.
  • Roti.
  • Telur.
  • Minyak masak.
  • Tepung.
  • Biskut.
  • Mi segera.
  • Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
  • Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
  • Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
  • Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, Sabun cecair mandian, Tuala wanita).
  • Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, Ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
  • Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, Kasut, Beg sekolah, Alat tulis).

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Bantuan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment