SARA 2026 DALAM IC : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN & CARA PERMOHONAN BANTUAN
Kerajaan MADANI mengumumkan bahawa RM100 penghargaan SARA akan diberi kepada semua warga Malaysia berumur 18 tahun ke atas pertengahan Februari 2026! Semakan status boleh dibuat melalui laman web rasmi SARA atau laman web MyKasih.
Bagaimanakah Semakan SARA dalam ic? Ikuti info lanjut disini.
BACA JUGA : BANTUAN EWALLET 2026 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA E-WALLET BELI BARANG DAPUR
SYARAT LAYAK SARA 2026 DALAM IC
Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) khas diberikan kepada rakyat-rakyat yang memenuhi syarat-syarat kelayakan seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Pendapatan bawah garis kemiskinan semasa (berdaftar eKasih); atau
- Pendapatan RM2,500 hingga tidak melebihi RM5,000 sebulan;
- Lulus Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 :
- Kategori Isi Rumah, Warga Emas dan Bujang.
JUMLAH BAYARAN SARA DALAM IC
Kategori isi rumah, warga emas dan bujang akan terima bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dengan jumlah yang berbeza seperti berikut :
- Isi Rumah B40 (Daftar eKasih) : RM2,400 setahun.
- Isi Rumah B40 & M40 : RM1,200 setahun.
- Warga Emas : RM600 setahun.
- Bujang : RM600 setahun.
*Serta bayaran tambahan one-off sebanyak RM100 kepada 22 juta rakyat Malaysia termasuk penerima B40 dan M40.
JADUAL AGIHAN SARA 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :
| JENIS PENERIMAAN | TARIKH BAYARAN |
|---|---|
| SARA (Bayaran setiap bulan) | Januari hingga Disember 2026 |
| Bantuan SARA One-OFF | Pertengahan Februari 2026 |
CARA SEMAK SARA 2026
Penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :
- Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
- Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
- Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
- Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
- Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
- Klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima SARA akan dipaparkan.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SARA 2026
Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
Di mana saya boleh guna SARA?
SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
Berapakah amaun SARA yang diterima?
Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
Bagaimana cara semak kelayakan SARA?
Semakan boleh dibuat melalui surat pemakluman, SMS blast dari MyKasih, serta portal rasmi MyKasih di https://app.mykasih.net/sara2/checkstatus dengan memasukkan nombor MyKad.
RUJUKAN
Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :
- Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
- Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel : [email protected]