SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

SARA MYKASIH 2025 : SEMAKAN STATUS

Program bantuan bersasar Sumbangan Asas Rahmah (SARA) ditambah baik dengan pelaksanaan secara dua peringkat (eKasih dan Bukan eKasih) serta peningkatan kadar bayaran bulanan lebih tinggi berbanding tahun sebelum ini bagi memastikan keperluan asas harian golongan memerlukan mencukupi.

Bagaimanakah semak Sara Mykasih 2025 ? Ikuti info yang lebih lanjut disini.

BACA JUGA : BANTUAN TUNAI RAHMAH 2025 (FASA 2 SEMAKAN)

SYARAT KELAYAKAN SARA MYKASIH 2025

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  1. Warganegara Malaysia;
  2. Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  3. Bukan Miskin dan Miskin Tegar eKasih:
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

SEMAKAN STATUS MYKASIH 2025

Status Bantuan MyKasih boleh disemak secara online melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

  • Portal Rasmi MyKasih; atau
  • Portal Rasmi MySTR

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:

  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.

Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:

  1. Layari Portal Rasmi MySTR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

JUMLAH BANTUAN SARA MYKASIH

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar Ekasih
KATEGORI PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/ MISKIN TEGAR EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi rumahRM2,100
RM100/bulan (bermula Januari-Mac)
RM200/bulan (bermula April-Disember)
Warga Emas tiada pasanganRM1,650
RM100/bulan (bermula Januari-Mac)
RM200/bulan (bermula April-Disember)
BujangRM600
RM50/bulan (bermula Januari-Disember)
  • Kategori penerima STR SAHAJA (Bukan eKasih)
KATEGORI PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM900
RM100/bulan (bermula April-Disember)
Warga emas tiada pasanganRM450
RM50/bulan (bermula April-Disember)

CARA BAYARAN SARA MYKASIH

Penyaluran bantuan sumbangan asas rahmah (SARA) MyKasih 2025 seperti berikut :

NEGERI PENERIMAKAEDAH PEYALURAN
Penerima daripada Seluruh
Malaysia termasuk Sabah, Sarawak dan W.P. Labuan
Penyaluran secara TANPA TUNAI melalui MyKad (IC)
penerima, membolehkan penerima membeli barangan
keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas,
barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan
persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan
menggunakan MyKad.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih barangan keperluan yang mempunyai label Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih di rak tanda harga.
  2. Tunjuk MyKad kepada juruwang untuk pengesahan penerima bantuan SARA MyKasih.
  3. Bayar barangan keperluan tersebut menggunakan MyKad.
  4. Simpan resit untuk menyemak transaksi pembelian.

Pembelian selain barangan mengikut label atau pembelian melebihi baki semasa dalam MyKad perlu dibayar secara tunai oleh penerima.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment