SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS SEKARANG

SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD – SEMAKAN STATUS SEKARANG

Baki amaun kredit Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam MyKad penerima yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan berikutnya, boleh digunakan sepanjang tahun dan SAH sehingga akhir tahun 2025. Bantuan SARA One Off juga boleh digunakan sehingga akhir tahun.

Bagaimanakah Semakan Bantuan Dalam Mykad? Ikuti Info lanjut disini sehingga akhir artikel dibawah.

BACA JUGA : MYKASIH RM100 DALAM MYKAD – ADAKAH ANDA LAYAK – SEMAK SEKARANG

CARA SEMAK BANTUAN DALAM MYKAD

Bantuan dalam Mykad Penerima boleh disemak dengan mudah secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi SARA : https://sara.gov.my/
  2. Halaman utama SARA akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Kelayakan].
  3. Kemudian, anda akan dibawa ke Portal Semakan Status MyKasih : https://checkstatus.mykasih.net/sara2/checkstatus
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Nombor Mykad yang diisi tanpa (-).
  6. Kemudian, tekan butang [Semakan Status].
  7. Maklumat [Baki Bayaran] akan dipaparkan.
  8. Selesai.

CARA SEMAK BANTUAN DI APLIKASI

Berikut pula cara semakan duit Bantuan dalam MyKad dalam aplikasi :

  1. Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
  2. Setelah selesai muat turun, buka aplikasi tersebut.
  3. Klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
  4. Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
  5. Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
  6. Nombor OTP (One Time Password) akan dihantar mengikut nombor yang didaftarkan.
  7. Masukkan Nombor OTP yang betul.
  8. Seterusnya, klik pada butang [Next].
  9. Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
  10. Klik pada butang [Next] di bawah.
  11. Baki duit Bantuan Sara akan dipaparkan.
  12. Selesai.

SENARAI BARANG BANTUAN DALAM MYKAD

Antara barangan yang boleh dibeli mengunakan duit bantuan dalam mykad adalah seperti berikut:

  1. Produk Kebersihan: Colgate / Kotex / Detol
  2. Ubat-ubatan: Prospan / Difflam / Hurix’s / Panadol / Sterimar
  3. Barangan Sekolah : Stabilo / Faber-Castle / Bata / Staedtler / Canggih
  4. Beras : Jasmine / Jati, Bernas / Faiza / Cap Rambutan dan sebagainya
  5. Roti : Gardenia / Massimo / Mighty White
  6. Telur : Nutriplus / QL eggs / CP
  7. Minyak Masak : Sri Murni / Saji / Alif / Daisy / Buruh / Knife / Vesawit
  8. Tepung : Cap Sauh / Cap Lili / Faiza / Cap Ros / BlueKey
  9. Biskut : Julies / Tiger / Munchys / Chipsmore / Jacobs / Hwa Tai / Hup Seng
  10. Mi segera : Indo Mie / Mamee / Maggi / Cintan / Mi Sedap
  11. Minuman : Tea Boh / Milo / Dutch Lady / F&N / Nescafe / Horlicks / Vico / Marigold / Quacker / Fernleaf
  12. Makanan dalam tin : Ayam Brand / Yoes, Adabi / Kimball / TC Boy / King Cup
  13. Bahan perasa : Sos Puteri / Kimball / Life / Jalen / Cap Kipas Udang / Tamin / Maggi / Faiza / Planta
  14. Produk Kebersihan Rumah: Sabun Pencuci / Pencuci Lantai / Pencuci Pinggan

AMAUN BANTUAN DALAM MYKAD

Jumlah Sumbangan Asas Rahmah (SARA) yang disalurkan dalam MyKad bermula April – Disember 2025 seperti berikut:

KATEGORI PENERIMABERSTATUS EKASIHBERSTATUS BUKAN EKASIH
Isi RumahRM200/BULANRM100/BULAN
Warga EmasRM100/BULANRM50/BULAN
BujangRM50/BULAN

SOALAN LAZIM BANTUAN DALAM MYKAD

Berikut merupakan antara soalan lazim berkaitan SARA 2025:

  1. Siapa layak menerima SARA UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan kepada SETIAP RAKYAT Malaysia berusia 18 tahun ke atas, secara INDIVIDU, termasuk penerima sedia ada SARA dan bukan penerima SARA.
  2. Bagaimanakah cara mohon RM100 UNTUK SEMUA?
    • SARA RM100 akan disalurkan secara automatik tanpa sebarang permohonan diperlukan.
  3. Bila boleh guna SARA RM100 dalam MyKad?
    • Bermula 31 Ogos 2025 hingga 31 Disember 2025.
  4. Adalah SARA RM100 boleh dikeluarkan secara tunai?
    • Tidak boleh. Hanya untuk pembelian barangan asas di premis runcit berdaftar.
  5. Bilakah tarikh akhir boleh guna Bantuan MyKasih SARA?
    • Bantuan MyKasih SARA sah digunakan sehingga 31 Disember 2025 sahaja.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan Bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment