SEMAK BANTUAN STR FASA 2 2026 : JUMLAH, TARIKH & STATUS BAYARAN
Bagi membantu meringankan bebanan rakyat khususnya dalam membuat persiapan menjelang sambutan perayaan Aidilfitri, Kerajaan akan menyalurkan bantuan seperti Bantuan STR (Sumbangan Tunai Rahmah) dan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) berperingkat.
Bagaimanakah semak bantuan str fasa 2? Ikuti panduan dan info lanjut di bawah.
BACA JUGA : SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN
SYARAT LAYAK STR FASA 2 2026
Syarat kelayakan STR Fasa 2 2026 kekal seperti sebelumnya, dengan sedikit pembaharuan untuk memperkukuh ketelusan serta keadilan dalam pengagihan bantuan. Antara syarat-syaratnya adalah:
- KATEGORI ISI RUMAH
- Kahwin.
- Ibu Bapa tunggal/ Balu/ Janda/Duda yang mempunyai anak.
- Pendapatan RM5000 & ke bawah.
- KATEGORI WARGA EMAS TIADA PASANGAN
- Bujang.
- Ibu Bapa tunggal/Balu/ Janda/Duda yang tidak mempunyai anak.
- Berumur 60 tahun ke atas.
- Pendapatan RM5000 ke bawah.
Perhatian: Kategori bujang tidak lagi termasuk dalam penerima STR bagi tahun 2026. Mereka akan menerima bantuan melalui Program SARA.
JUMLAH BAYARAN BANTUAN STR FASA 2 2026
Amaun bayaran yang akan diterima oleh penerima STR adalah secara berfasa mengikut kategori kelayakan bagi setiap fasa permohonan, berikut adalah jumlah STR fasa 2 2026 :
- Pendapatan Isi Rumah ≤ RM2,500
- RM200 hingga RM500 (tertakluk jumlah anak)
- Pendapatan Isi Rumah RM2,501 – RM5,000
- RM100 hingga RM250 (tertakluk jumlah anak)
- Warga Emas Tiada Pasangan
- RM150 (setiap individu)
TARIKH MASUK STR FASA 2 2026
Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual yang tertera di bawah :
- Penerima Sedia Ada : Mulai 10 Mac 2026 (Selasa)
- Penerima Baharu : Mulai 30 Mac 2026 (Isnin)
CARA SEMAK BANTUAN STR FASA 2 2026
Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :
- Pergi ke laman rasmi STR : https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login
- Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
- Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Contoh 880330112345.
- Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
- Klik pada butang [Semak].
- ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
- Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
- Masukkan Kata Laluan yang betul.
- Terus klik pada butang [Log Masuk].
- Dashboard STR akan dipaparkan.
- Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
- Selesai.
KAEDAH AGIHAN STR FASA 2 2026
Bantuan STR 2026 Fasa 2 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
SOALAN LAZIM STR 2026
Pertanyaan yang selalu ditanya oleh penerima STR adalah seperti berikut :
- Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
- Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
- Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
- Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
- Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
- Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
- Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
- Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
- Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
- Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]