SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : CEK KELAYAKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN BANTUAN SARA SETIAP BULAN DALAM IC

SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026 : CEK KELAYAKAN DAPAT ATAU TIDAK PEMBAYARAN BANTUAN SARA SETIAP BULAN DALAM IC

Penerima SARA akan dimaklumkan melalui Sistem Pesanan Ringkas atau melalui aplikasi WhatsApp yang dihantar oleh Yayasan MyKasih iaitu agensi pelaksana SARA.Pemakluman ini dilakukan bagi mengesahkan status penerima program beserta tarikh dan masa untuk sertai taklimat mengenai program.

Bagaimanakah Cara Semak Bayaran Mykasih 2026? Ikuti info lanjut disini.

BACA JUGA : STAMP DUTY LHDN ONLINE : CETAK & BAYAR DUTI SETEM 2026

KATEGORI MYKASIH 2026

Bantuan ini ditawarkan kepada individu yang termasuk dalam kategori berikut:

  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR): Mereka yang menerima STR 2026 akan mendapat bantuan tambahan sebanyak RM100 setiap bulan.
  • Golongan Miskin Tegar (eKasih): Penerima yang tersenarai dalam pangkalan data eKasih akan mendapat tambahan bantuan RM200 sebulan.
  • Individu Bujang: Bujang yang tidak lagi menerima STR tetapi akan menerima RM50 setiap bulan.
  • Isi Rumah Berpendapatan Bawah RM2,500: Isi rumah dengan lima anak atau lebih boleh menerima bantuan SARA yang keseluruhan boleh mencecah RM4,600 setahun apabila digabungkan dengan STR.

TARIKH AGIHAN BAYARAN MYKASIH 2026

Tarikh pembayaran SARA 2026 masih belum diumumkan secara rasmi oleh kerajaan. Walau bagaimanapun, bayaran bantuan ini akan dimasukkan ke dalam MyKad dan boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasar raya yang berdaftar.

Untuk makluman terkini, kami akan mengemas kini sebarang perubahan dari masa ke semasa, termasuk tarikh pembayaran dan fasa-fasa bayaran.

SYARAT KELAYAKAN MYKASIH 2026

Syarat Kelayakan SARA 2026, terdiri daripada :

  • Warganegara Malaysia
  • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Berstatus eKasih; dan
    • Tersenarai sebagai Miskin dan Miskin Tegar dalam Sistem eKasih.
  • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026– Bukan eKasih;dan
    • Kategori : Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan.

JADUAL BAYARAN MYKASIH 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Sumbangan Asas Rahmah (SARA) secara ansur berperingkat mengikut jadual seperti berikut :

JENIS PENERIMATARIKH BAYARAN
Bayaran setiap bulanJanuari hingga Disember 2026
Bayaran secara One offPertengahan Februari 2026

CARA SEMAK BAYARAN MYKASIH 2026

Penerima boleh mengetahui status kelayakan sedia ada seperti berikut :

  1. Sila pergi ke Portal rasmi MyKasih :https://mykasih.com.my/.
  2. Halama utama MyKasih akan dipaparkan.
  3. Klik pada butang [SEMAK KELAYAKAN].
  4. Bahagian ‘Semakan Status’ akan dipaparkan.
  5. Masukkan nombor MyKad pada ruangan yang disediakan.
  6. Klik pada butang [Semakan Status].
  7. Status penerima SARA akan dipaparkan.
  8. Selesai.

MAKLUMAT TAMBAHAN

Bayaran STR & SARA 2026: Dijangka bermula awal tahun 2026 melalui akaun bank berdaftar atau di kaunter BSN bagi penerima tanpa akaun.

Bonus tambahan: Setiap rakyat Malaysia berumur 18 tahun ke atas akan menerimabantuan tambahan RM100 (one-off) pada Februari 2026 sempena sambutan Ramadan dan Tahun Baru Cina.

SOALAN LAZIM (FAQ) MYKASIH 2026

  • Adakah perlu bayar lebih jika pembelian melebihi baki SARA?
    • Ya, lebihan pembelian perlu dibayar pengguna secara tunai atau kaedah lain.
  • Adakah baki SARA boleh dibawa ke bulan berikutnya?
    • Ya, baki yang tidak digunakan akan dibawa ke bulan seterusnya tetapi akan luput selepas tempoh program tamat.
  • Di mana saya boleh guna SARA?
    • SARA boleh digunakan di kedai runcit, pasar raya, dan stesen minyak berdaftar yang menerima program ini
  • Berapakah amaun SARA yang diterima?
    • Penerima layak menerima antara RM600 hingga RM1,200 setahun bergantung kategori seperti isi rumah, warga emas tanpa pasangan, ataupun individu bujang.
  • Bagaimana cara semak kelayakan SARA?

RUJUKAN

Dalam artikel ini kami menulis maklumat daripada info yang sahih iaitu melalui Portal rasmi MyKasih SARA untuk memudahkan penerima mengetahui maklumat bayaran untuk tahun 2026. Sekiranya anda mempunyai masalah dan pertanyaan lebih lanjut, sila rujuk di bawah :

  • Talian Bantuan : 03-7720 1800 (Waktu Operasi : 9 pagi – 5 petang).
  • Laman Bantuan : https://mykasih.com.my/contact-us/.
  • Alamat E-mel : [email protected]

Leave a Comment