SEMAK DUIT DALAM MYKAD : PANDUAN LENGKAP CARA CHECK DUIT DALAM IC
Ramai yang hanya tahu MyKad berfungsi sebagai identiti Rasmi Warganegara Malaysia, tetapi ia juga dilengkapi dengan ciri-ciri tambahan yang memudahkan urusan harian antaranya kebolehan menyimpan duit dalam MyKad.
Bagaimanakah Cara menyemak duit dalam MyKad? Ikuti info lanjut sehingga akhir.
BACA JUGA : SARA 2025 : SEMAKAN STATUS KELAYAKAN ONLINE
SENARAI KEGUNAAN DUIT DALAM MYKAD
Bantuan SARA MyKasih yang dikreditkan setiap bulan kedalam Mykad boleh digunakan untuk pembelian barangan keperluan asas mengikut senarai seperti berikut :
Kategori Barang yang boleh dibeli :
- Beras
- Roti
- Telur
- Minyak masak
- Biskut
- Mi segera
- Minuman
- Makanan dalam tin
- Perasa
- Barangan kebersihan
- Ubat-ubatan
- Keperluan pelajar
Semak Kelayakan anda sekarang :


JUMLAH DUIT BANTUAN MYKAD
Untuk makluman, wang bantuan MyKad ini dikreditkan secara bulanan pada setiap awal bulan seperti berikut :
| KATEGORI PENERIMA | JAN-MAC 2025 | APR-DEC 2025 |
| Isi Keluarga (STR & eKasih) | RM100 | RM200 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR & eKasih) | RM100 | RM150 |
| Bujang (STR & eKasih) | RM50 | RM50 |
| Isi Rumah (STR sahaja) | – | RM100 |
| Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja) | – | RM50 |
CARA KREDIT DUIT BANTUAN DALAM MYKAD
Pengkreditan bantuan adalah secara tanpa tunai melalui MyKad (IC) penerima untuk membuat pembelian barangan keperluan di pasaraya yang terpilih di Seluruh Malaysia secara tanpa tunai dengan menggunakan MyKad.
KAEDAH PEMBELIAN BARANGAN ASAS MENGUNAKAN MYKAD
Pembelian Barangan Asas hanya boleh digunakan seperti berikut:
- Pilih Barangan Keperluan
- Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
- Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
- Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
- Imbas Kod Barangan
- Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
- Bayar Menggunakan MyKad
- Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
- Simpan Resit Untuk Semakan
- Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian’
PANDUAN SEMAK DUIT DALAM MYKAD
Semakan duit Bantuan Dalam MyKad adalah percuma dan boleh dilakukan melalui tiga (3) cara seperti berikut :
- Semakan Melalui Aplikasi Touch ‘n Go eWallet :
- Muat turun aplikasi Touch ‘n Go eWallet.
- Bagi yang telah mempunyai aplikasi dan akaun, buka aplikasi tersebut.
- Klik pada ikon [TNG Card].
- Kemudian, pilih butang [Add New Card].
- Masukkan 12 digit nombor kad pengenalan (MyKad).
- Masukkan juga nama pengguna dengan penuh.
- Klik pada butang [Submit].
- Status duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Kiosk Touch ‘n Go :
- Kunjungi kiosk TnG yang tersedia di lokasi seperti pusat membeli-belah dan stesen pengangkutan awam.
- Letakkan kad pengenalan (MyKad) bahagian depan pada pengimbas di kiosk.
- Baki duit dalam MyKad akan dipaparkan.
- Selesai.
- Semakan Melalui Mesin Tambah Nilai di Stesen Minyak / Kedai Serbaneka :
- Kunjungi Stesen Minyak / Kedai Serbaneka yang menyediakan mesin tambah nilai Touch ‘n Go.
- Berikan MyKad kepada juruwang untuk imbasan baki dalam MyKad.
- Selesai.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Talian Bantuan : (603) 7720 1800 / (603) 7720 1900
- e-Mel :[email protected]