SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026 : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN

Beberapa hari lagi umat islam yang terutama rakyat Malaysia akan menyambung perayaan Aidilfitri pada tahun 2026, Kerajaan Madani dengan perancangan yang teliti mengambil keputusan untuk menyalurkan bantuan Sumbangan Tunai Rahmah Fasa yang ke dua (2) sebelum perayaan bagi membantu sedikit sebanyak persediaan menyambut hari raya pada tahun ini.

Bagaimanakah Cara Semak Kelayakan STR Fasa 2 2026? Ikuti info lanjut sehingga akhir disini.

BACA JUGA : SEMAK BANTUAN SYUKUR SABAH : LAYAK ATAU TIDAK TERIMA BAYARAN FASA 1 2026

AMAUAN KELAYAKAN PENERIMA STR FASA 2 2026

Berdasarkan rekod oleh Kerajaan, bilangan pemohon yang memenuhi syarat kelayakan dan terpilih layak menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 adalah seramai berikut :

KELAYAKAN PENERIMABILANGAN YANG LAYAK
Penerima Sedia Ada
-Isi Rumah B40
-Isi Rumah M40
-Warga Emas
5 Juta penerima yang layak
Penerima Baharu
-Isi Rumah B40
-Isi Rumah M40
-Warga Emas
200,000 Ribu penerima
yang layak

SEMAK KELAYAKAN STR FASA 2 2026

Bagi penerima sedia ada dan juga pemohon baharu boleh buat semakan kelayakan untuk tahu sama ada layak atau tidak terima bayaran Bantuan STR Fasa 2, ikuti cara semakan melalui laman rasmi STR di bawah :

PAUTAN LAMAN RASMI STR FASA 2
https://bantuantunai.hasil.gov.my/2026/Identity/Account/Login

CARA SEMAKAN ADALAH SEPERTI BERIKUT :

  1. Pergi ke laman rasmi STR (klik pada pautan di atas).
  2. Anda akan dibawa ke halaman STR yang rasmi.
  3. Masukkan nombor Kad Pengenalan anda.
    • Ikut format : tanpa <jarak> dan tanpa sengkang (-).
      • Contoh 880330112345.
  4. Klik pada butang [Semak].
  5. ‘Kata Kunci Keselamatan’ anda akan dipaparkan.
  6. Jika ianya betul, klik pada butang [Ya].
  7. Masukkan Kata Laluan yang betul.
  8. Terus klik pada butang [Log Masuk].
  9. Dashboard STR akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan permohonan STR Fasa 2 akan dipaparkan.
  12. Selesai.

TARIKH RASMI BAYARAN STR FASA 2 2026

Kerajaan akan melaksanakan bayaran Bantuan STR Fasa 2 kepada penerima sedia ada dan penerima baharu pada tarikh yang berbeza seperti jadual yang tertera di bawah :

KELAYAKAN PENERIMATARIKH BAYARAN
Penerima sedia adaMulai 10 Mac 2026 (Selasa)
Penerima baharuMulai 30 Mac 2026 (Isnin)

JUMLAH BAYARAN STR 2026

Setiap kategori penerima yang layak sama ada sedia ada dan baharu, akan menerima bayaran Bantuan STR Fasa 2 dengan kadar yang berbeza mengikut bilangan anak seperti berikut :

KATEGORI PENERIMANILAI BAYARAN
MENGIKUT KATEGORI
Isi Rumah Pendapatan B40
(Bawah RM2,500)
RM200 hingga RM500
(tertakluk jumlah anak)
Isi Rumah Pendapatan M40
(RM2,501 – RM5,000)
RM100 hingga RM250
(tertakluk jumlah anak)
Warga Emas Tiada Pasangan
(Pendapatan Bawah RM5,000)
RM150
(setiap individu)

CARA BAYARAN STR FASA 2 2026

Pembayaran Bantuan STR Fasa 2 disalurkan kepada penerima melalui dua (2) platform yang disediakan untuk memudahkan penerima menerima bayaran. Berikut merupakan platform bayaran Bantuan STR Fasa 2 :

CARA BAYARAN KE PENERIMA
YANG ADA AKAUN
CARA BAYARAN KE PENERIMA
YANG TIADA AKAUN
Dikreditkan secara berperingkat
melalui sistem ‘IBG Credit Transfer’
terus ke dalam akaun bank
milik penerima / pasangan
Dibayar secara tunai di
kaunter mana-mana cawangan
Bank Simpanan Nasional (BSN)
yang terdekat

RUJUKAN

Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), kunjungi Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) atau anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

  • Talian STR HASiL : 1800 88 2747
  • Talian STR MOF : 03 8882 4565 / 03 8882 4566
  • E-mel STR :[email protected]

Leave a Comment