SEMAK RAYUAN MATRIKULASI : CARA (PANDUAN LENGKAP)
Keputusan rayuan kemasukan ke program matrikulasi bagi sesi 2025/2026 untuk calon lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) kini boleh disemak secara dalam talian bagi mengetahui status permohonan sama ada berjaya atau tidak rayuan yang dipohon.
Bagaimanakah semak rayuan matrikulasi? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAK SARA : 2025 SEMAKAN STATUS ONLINE
TARIKH SEMAK KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI
Pelajar lepasan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2024 yang membuat rayuan bagi kemasukan matrikulasi sesi 2025/2026 kini boleh membuat semakan keputusan rayuan kemasukan ambilan kedua secara dalam talian bermula 10.00 pagi pada 30 JUN 2025 (ISNIN) hingga 5 JULAI 2025 (SABTU).
SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN MATRIKULASI SECARA ONLINE
Status keputusan rayuan Matarikulasi, boleh disemak secara online seperti berikut:
- Sila layari laman web rasmi Matrikulasi di sini : https://matrikulasi.moe.gov.my/
- Bahagian utama halaman akan dipaparkan.
- Kemudian, pilih menu semakan.
- Klik pada [Semakan Keputusan Penempatan].
- Seterusnya, masukkan nombor kad pengenalan serta kata laluan yang sah.
- Klik pada butang [Masuk].
- Status keputusan akan dipaparkan.
- Selesai.

PERKARA PERLU BUAT JIKA LAYAK RAYUAN MATRIKULASI
Jika calon disahkan layak, tindakan segera perlu dilakukan pelajar berminat menyambung pengajian ke Program Matrikulasi seperti berikut:
- Klik [Setuju Terima] mulai 30 JUN 2025 hingga 5 JULAI 2025
- Kemudian,Daftar secara dalam talian seperti dalam surat tawaran masing-masing.
- Daftar secara fizikal pada 6 JULAI 2025 dan 7 JULAI 2025 di kolej matrikulasi yang telah ditetapkan.
- Sediakan dokumen yang diperlukan semasa pendaftaran seperti:
- Surat tawaran kemasukan;
- Panduan pendaftaran pelajar;
- Maklumat peribadi pelajar;
- Akaun persetujuan ibubapa / penjaga dan kesihatan pelajar;
- Pengakuan bebas penyalahgunaan dadah; dan
- Borang perjanjian pelajar (dua salinan)
SENARAI JURUSAN MATRIKULASI
Senarai jurusan yang ditawarkan dalam pengajian di Kolej Matrikulasi adalah seperti berikut:
- Jurusan Sains;
- Jurusan Kejuruteraan;
- Jurusan Perakaunan & Perakaunan Profesional;
- Jurusan Sains Komputer
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan Matrikulasi, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 – 8884 4083;
- Portal Rasmi : https://matrikulasi.moe.gov.my/