SEMAK SARA : 2025 SEMAK STATUS ONLINE

SEMAK SARA : 2025 SEMAK STATUS ONLINE

SARA atau Sumbangan Asas Rahmah adalah bantuan tambahan untuk penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan golongan miskin tegar eKasih. Mulai tahun 2025, bantuan ini akan disalurkan melalui program MyKasih untuk membantu membeli barang keperluan asas harian.

Bagaimanakah Cara Semak Sara? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : SOLAT ISTIKHARAH MINTA PETUNJUK : CARA NIAT & DOA PANDUAN LENGKAP

APA ITU SARA 2025

SARA 2025, atau Sumbangan Asas Rahmah 2025, adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang berstatus miskin dan miskin tegar dalam eKasih.

Tujuan utama :

  • Membantu golongan miskin dan miskin tegar untuk membeli barangan keperluan asas.
  • Menggalakkan penggunaan transaksi tanpa tunai melalui MyKad.
  • Memastikan bantuan digunakan untuk keperluan isi rumah yang sebenar.

SEMAK SYARAT LAYAK SARA 2025

Individu yang menepati syarat kelayakan di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR)– Berstatus Miskin dan Miskin Tegar eKasih;
    • Kategori Isi Rumah, Warga Emas Tanpa Pasangan dan Bujang;
  • Lulus dan Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025– Bukan eKasih;
    • Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA AGIHAN BANTUAN SARA 2025

Pengagihan Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) adalah secara ansur pada setiap bulan melalui cara berikut :

  • Dikreditkan ke dalam kad pengenalan (MyKad) penerima khas untuk pembelian barangan keperluan asas secara tanpa tunai (cashless).

JUMLAH BANTUAN SARA 2025

Bantuan SARA (Sumbangan Asas Rahmah) dibayar sebanyak jumlah berikut :

KATEGORI PENERIMAJUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA SEDIA ADA)
JUMLAH BANTUAN SARA
(PENERIMA BAHARU)
ISI RUMAHRM100-RM200 Sebulan
hingga
RM2,100 Setahun
RM100 Sebulan
hingga
RM900 Setahun
WARGA EMASRM100-RM150 Sebulan
hingga
RM1,650 Setahun
RM50 Sebulan
hingga
RM450 Setahun
BUJANGRM50 Sebulan
hingga
RM600 Setahun

PANDUAN SEMAKAN STATUS BANTUAN SARA 2025

Ikuti cara semakan status SARA secara online seperti berikut :

Laman Web Rasmi SARA : https://mykasih.com.my.

  1. Sila layari laman web rasmi SARA di atas.
  2. Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
  3. Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang ().
  4. Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
  5. Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
  6. Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
  7. Log masuk ke portal rasmi MySTR.
  8. Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  9. Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) akan dipaparkan.
  10. Selesai.

RUJUKAN

Segala maklumat yang dikongsikan di atas adalah dirujuk daripada Portal Rasmi SARA. Untuk sebarang pertanyaan atau masalah berkaitan bantuan SARA, sila rujuk pihak berwajib di:

  • Talian Bantuan SARA MOF : 03 8882 4565 / 4566.

Leave a Comment