SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025

SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025

Inisiatif bantuan tunai dari kerajaan Malaysia bagi membantu golongan berpendapatan rendah menghadapi kos sara hidup yang meningkat, bantuan ini telah ditambahbaik dengan mewujudkan (SARA) Sumbangan Asas Rahmah, iaitu bantuan bulanan tambahan khusus untuk golongan miskin, miskin tegar, B40 dan M40.

Bagaimanakah cara semak str fasa 4? Ikuti panduan lengkap dibawah sehingga akhir.

BACA JUGA : JADUAL BAYARAN STR FASA 4 2025 : SEMAKAN JUMLAH BANTUAN MENGIKUT KATEGORI

SYARAT PERMOHONAN STR FASA 4

Berikut ialah kategori kelayakan untuk menjadi penerima Sumbangan Tunai Rahmah Fasa 4 2025:

  1. Isi Rumah
    • Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
    • Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
    • Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
    • Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
    • Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
  2. Warga Emas Tiada Pasangan
    • Warganegara Malaysia;
    • Berumur 60 tahun dan ke atas;
    • Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
  3. Bujang
    • Warganegara Malaysia;
    • Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
    • Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
    • Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
    • Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.

KAEDAH BAYARAN STR FASA 4

Dua (2) cara bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), iaitu :

  1. Bayaran secara tunai di kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) atau pusat-pusat pemberian yang tertentu khas kepada :
    • Penerima tiada akaun bank; atau
    • Status ‘Gagal Kredit’; atau
    • Penerima di Pedalaman Sabah dan Sarawak.
  2. Bayaran secara terus ke dalam akaun bank penerima / pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan dalam permohonan STR.

TARIKH & JUMLAH BAYARAN STR

Bayaran Sumbangan Tunai Rahmah bagi Fasa ke-4 adalah pada November 2025. Tarikh rasmi akan dikemaskini kelak. Pembayaran akan disalurkan secara berperingkat.

  1. Bayaran STR bagi bagi tahun 2025 adalah :
    • Fasa 1 : 22 Januari 2025
    • Fasa 2 : April 2025
    • Fasa 3 : 12 Ogos 2025
    • Fasa 4 : November 2025

Untuk Fasa 4, jumlah bayaran bagi kategori Isi Rumah Pendapatan RM2500 dan Kebawah, anda akan menerima RM150 hingga RM700 (ikut bilangan anak). Manakala, Warga emas pula RM150 dan golongan Bujang akan menerima RM100.

CARA SEMAK STR FASA 4

Untuk mengetahui status kelayakan dan maklumat bayaran Sumbangan Tunai Rahmah (STR), ikuti panduan cara semak seperti berikut :

  1. Sila layari laman rasmi Sumbangan Tunai Rahmah (STR) di sini : https://bantuantunai.hasil.gov.my/.
  2. Halaman utama portal akan dipaparkan, klik [TUTUP] untuk pemakluman terkini.
  3. Klik [Log Masuk dengan MyDigital ID] bagi yang ada akaun; atau
  4. Masukkan 12 digit nombor Kad Pengenalan tanpa sengkang (-) pada ruangan yang disediakan.
  5. Seterusnya, klik pada butang [Log Masuk].
  6. Untuk pengesahan nombor Kad Pengenalan, klik pula pada butang [Semak].
  7. Kata kunci keselamatan anda akan dipaparkan, klik [Ya] sekiranya betul.
  8. Masukkan kata laluan yang telah anda daftarkan dengan betul.
  9. Bahagian profil anda akan dipaparkan.
  10. Klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
  11. Status kelayakan penerima akan dipaparkan.
  12. Layarkan skrin ke bahagian bawah.
  13. Kemudian, klik pada butang [Maklumat Bayaran].
  14. Maklumat Bayaran Fasa 4 akan dipaparkan.
  15. Selesai.

SOALAN LAZIM (FAQ) STR FASA 4

Dibawah merupakan soalan yang selalu diajukan tentang Sumbangan Tunai Rahmah :

  1. Siapakah layak terima bayaran Bantuan STR Fasa 4?
    • Bayaran STR Fasa 4 khas untuk pemohon yang memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  2. Bagaimanakah permohonan Bantuan STR?
  3. Adakah golongan bujang juga layak terima Bantuan STR?
    • Hanya golongan bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas serta berpendapatan bawah RM2,500 dan memenuhi kelayakan yang ditetapkan.
  4. Adakah Bantuan STR dibayar sekaligus?
    • Tidak, Bantuan STR dibayar secara ansur selama empat (4) fasa.
  5. Bolehkah Bantuan STR digunakan untuk bayaran bil?
    • Bantuan STR yang disalurkan secara tunai boleh digunakan untuk apa sahaja transaksi bayaran bergantung kepada hak penerima.

RUJUKAN

Sekiranya anda perlukan bantuan atau ada sebarang pertanyaan mengenai
STR Fasa 4, anda boleh hubungi saluran rasmi berikut:

  • LHDN (Lembaga Hasil Dalam Negeri)
  • Talian Hotline:1-800-88-2747
  • Laman Web Rasmi:https://bantuantunai.hasil.gov.my

1 thought on “SEMAK STR FASA 4 : SEMAKAN STATUS LAYAK ATAU TIDAK 2025”

Leave a Comment