SEMAKAN BUDI MADANI RON95 : CARA BELI SUBSIDI MINYAK PETROL GUNA MYKAD & SETEL PETRONAS
Wadah Kerajaan MADANI dalam memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada rakyat Malaysia yang mempunyai kenderaan diesel (bukan golongan T20) untuk terus menikmati subsidi bahan api diesel sekaligus bagi mengawal harga barangan dan kos sara hidup rakyat.
Bagaimanakah Cara Semakan Budi Madani RON95? Ikuti info lanjut dibawah.
BACA JUGA : SEMAKAN SKAS SARAWAK : SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025
APA ITU BUDI MADANI RON95
BUDI95 adalah skim subsidi petrol RON95 bersasar khas untuk warganegara Malaysia. Ia diperkenalkan bagi memastikan subsidi lebih adil, mengurangkan ketirisan, dan manfaatnya benar-benar dinikmati rakyat.
SIAPA LAYAK BUDI MADANI RON95
Berikut adalah senarai penerima yang layak Bantuan Budi Madani subsidi RON95 :
- Semua warganegara Malaysia berumur 16 tahun ke atas
- Mempunyai lesen memandu yang masih aktif
- Tiada kira tahap pendapatan – semua layak
- Had penggunaan 300 liter sebulan untuk setiap individu.
Pengecualian: Pemandu e-hailing boleh mohon kuota tambahan bagi memastikan kelangsungan kerja harian mereka.
Harga RON95 Tanpa Subsidi :
Bagi golongan tidak layak(contohnya bukan warganegara), mereka perlu bayar harga tanpa subsidi yang dianggarkan sekitar RM2.60 seliter.
JADUAL PELAKSANAAN BUDI MADANI RON95
Bagi penerima yang layak, anda boleh menyemak jadual pelaksanaan seperti berikut :
- Pada 27 September 2025(Sabtu), sistem BUDI95 dibuka awal kepada 300 ribu anggota tentera dan polis;
- Pada 28 September 2025(Ahad), sistem BUDI95 dibuka awal kepada penerima STR yang merupakan golongan B40; dan
- Pada 30 September 2025(Selasa), sistem BUDI95 dibuka kepada 16 juta warganegara Malaysia berumur 16 tahun dan ke atas yang memiliki MyKad dan lesen memandu aktif.
NOTA : Kementerian Kewangan (MOF) akan mengeluarkan maklumat lanjut berhubung BUDI95 dari semasa ke semasa. Orang ramai disaran untuk merujuk saluran rasmi MOF bagi mendapatkan maklumat yang terkini dan sahih.
CARA TEBUS BUDI MADANI RON95
Kaedah penebusan boleh dilakukan seperti berikut :
- Bawa MyKad dan Kunjungi Stesen Minyak berdekatan anda.
- Letakkan MyKad di terminal pembaca MyKad yang disediakan di Kedai Stesen Minyak dan Terminal Pam Minyak untuk pengesahan kelayakan penerima;
- Jika ingin mengelakkan kesesakan, anda juga boleh buat semakan pengesahan kelayakan pada aplikasi TouchNGo atau Aplikasi syarikat Minyak sebelum mengisi petrol.
- Kelayakan anda akan disahkan, jika anda layak paparan dalam Sistem akan menunjukkan anda layak menerima harga petrol RON95 pada RM1.99 seliter.
- Isi minyak RON95 seperti biasa.
- Kemudian bayar mengikut liter secara tunai, atau kad kredit/debit.
- Selesai.
SOALAN LAZIM (FAQ) SUBSIDI RON95
Berikut merupakan soalan yang selalu diajukan oleh penerima :
- Siapa yang layak terima subsidi RON95?
- Warganegara Malaysia yang memenuhi syarat kelayakan.
- Bagaimana jika MyKad rosak atau tidak boleh digunakan?
- Apa beza harga RON95 subsidi dan tanpa subsidi?
- Adakah perlu berdaftar untuk tebus subsidi ron95?
- Tidak. Jika anda memenuhi syarat kelayakan, semakan pengesahan boleh dibuat menggunakan MyKad.
- Bilakah program ini akan dilaksanakan?
- Program ini dijangka akan dilaksanakan pada akhir bulan iaitu 30 September 2025.
RUJUKAN
Pihak kami hanya menyediakan maklumat terkini berkaitan bantuan Kerajaan. Sebarang persoalan atau pertanyaan, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini :
- Talian Bantuan : 03-8882 4566 atau 03-8882 4565
- e-Mel : [email protected]
- Portal Rasmi : https://budidiesel.gov.my/