SEMAKAN KELAYAKAN PLKN 2026 : SEMAK NAMA ANDA ADAKAH LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1/2026

SEMAKAN KELAYAKAN PLKN 2026 : SEMAK NAMA ANDA ADAKAH LAYAK ATAU TIDAK TERIMA TAWARAN KE PROGRAM LATIHAN KHIDMAT NEGARA SIRI 1/2026

Semakan Pelatih PLKN 2026 kini dibuka bermula8 Disember 2026bagi Siri 1 Tahun 2026 di bawah Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0. Untuk siri pertama tahun hadapan, pemilihan adalah khusus untuk remaja kelahiran tahun 2008, mengikut data yang telah ditetapkan oleh pihak PLKN. Sepanjang tahun 2026, PLKN 3.0 akan dilaksanakan dalam empat (4) siri latihan.

Bagaimanakah semakan kelayakan PLKN 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir artikel.

BACA JUGA : CARA MEMOHON BANTUAN DALAM IC 2026 : SUPAYA ANDA LAYAK TERIMA BAYARAN BERMULA AWAL JANUARI

SYARAT KELAYAKAN PLKN 2026

Kelayakan peserta Program Latihan Khidmat Negara 3.0, siri 1/2026 adalah seperti berikut:

  • Warganegara Malaysia;
  • Calon berusia tidak kurang dari 16 tahun dan tidak melebihi 35 tahun pada tarikh pendaftaran;
  • Kelahiran tahun 2008;
  • Sihat dari segi Fizikal dan Mental;
  • Belum Pernah Menyertai PLKN sebelum ini.
SEMAKAN KELAYAKAN PLKN 2026

MANFAAT KELAYAKAN PLKN 2026

Banyak manfaat yang akan diperoleh bagi pelatih yang menyertai PLKN 3.0. Antaranya:

  • Meningkatkan semangat patriotisme.
  • Memupuk perpaduan dan integrasi masyarakat.
  • Melahirkan generasi muda yang cergas dan berdisiplin.
  • Memberikan asas ketenteraan dan latihan komuniti.
  • Menyediakan laluan kerjaya kepada pelatih berbakat.
  • Membuka peluang melanjutkan pelajaran dalam bidang TVET & industri.
  • Menambah merit permohonan kerja sektor awam.

TARIKH DAN LOKASI PLKN SIRI 1/2026

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 3.0 akan dilaksanakan sebanyak empat (4) siri latihan bagi tahun 2026. PLKN Siri Pertama akan dilaksanakan seperti berikut :

PLKN SIRI 1/2026 :

  • Tarikh :17 Januari 2026 – 03 Mac 2026
  • Lokasi Latihan :
    • Kem Rejimen 515 Askar Wataniah (AW),
    • Kuala Lumpur; dan
    • Kem Rejimen 505 Askar Wataniah (AW),
    • Pekan Pahang.

SEMAKAN TAWARAN PLKN 2026

Status tawaran Pelatih Siri 1/2026 boleh disemak secara online seperti berikut:

  1. Layari Portal Rasmi e-PLKN di : https://plkn.mod.gov.my/pelatih/semakan/form
  2. Halaman Semakan Tawaran PLKN Pelatih akan dipaparkan.
  3. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan].
  4. Tandakan pada kotak [/] Captcha “I’m not a robot”.
  5. Kemudian, Klik [Semak].
  6. Status kelayakan anda sebagai Pelatih PLKN akan dipaparkan.
  7. Sekiranya anda terpilih, maklumat akan dipapar: [Tahniah, Anda Terpilih Menyertai PLKN 3.0].
  8. Kemudian, klik butang [Daftar] untuk boleh membuat pengesahan kehadiran.
  9. Ikuti proses pendaftaran Sistem yang ditetapkan, kemudian Log Masuk ke dalam Sistem untuk Sahkan kehadiran.
  10. Selesai.
  11. Setelah selesai membuat semakan tawaran, pelatih yang telah terpilih dikehendaki membuat pengesahan kehadiran dengan segera selewat-lewatnya pada 25 Disember 2025 (Khamis) agar proses pendaftaran dan urusan pentadbiran berjalan lancar.

SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN KELAYAKAN PLKN 2026

  1. Adakah PLKN 2026 wajib?
    • PLKN 3.0 adalah program wajib untuk mereka yang dipilih mengikut sistem pemilihan rasmi kerajaan.
  2. Bolehkah saya menukar tarikh pendaftaran PLKN?
    • Anda boleh memohon penangguhan dengan melampirkan bukti pengajian semasa atau alasan lain yang sah.
  3. Apa yang perlu saya bawa ke kem PLKN?
    • Pastikan anda membawa dokumen penting, pakaian yang sesuai, dan peralatan mandi. Anda juga perlu menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum melapor diri.
  4. Bolehkah saya membawa telefon semasa latihan?
    • Peraturan tentang telefon biasanya ketat; semak dengan pihak kem untuk kepastian.
  5. Apa aktiviti yang akan dilakukan di PLKN?
    • Aktiviti termasuk latihan fizikal, kemahiran hidup, dan pendidikan kewarganegaraan.

RUJUKAN

Panduan bagi Semakan Pelatih PLKN 2026 ini dibuat agar memudahkan capaian pengguna untuk membuat rujukan awal. Artikel ini ditulis berdasarkan sumber rasmi dan sahih semasa penulisan dan pihak kami tidak bertanggungjawab sekiranya berlaku apa-apa perubahan selepas tarikh artikel ini diterbitkan. Untuk sebarang persoalan dan pertanyaan pemohon disarankan merujuk terus melalui:

Leave a Comment