SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK SEKARANG BANTUAN SUMBANGAN TUNAI RAHMAH
Check status kelayakan anda dengan melayari laman sesawang atas talian Sumbangan Tunai Rahmah yang terbaharu bagi tahun 2026 untuk mengemaskini dan semak status terkini isi rumah, warga emas tiada pasangan dan juga bujang dalam bentuk bantuan kewangan.
Bagaimanakah Cara Semakan Kelayakan STR 2026? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : SEMAKAN KELAYAKAN SARA 2026 : SEMAK STATUS LAYAK ATAU TIDAK PENERIMA BANTUAN SUMBANGAN ASAS RAHMAH
SYARAT KELAYAKAN STR 2026
Syarat dan kategori bantuan Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah
- Ketua isi rumah Warganegara Malaysia;
- Berkahwin mempunyai anak atau tiada anak;
- Ibu/bapa tunggal mempunyai anak;
- Pendapatan isi rumah bawah RM2,500 sebulan (B40); atau
- Pendapatan isi rumah RM2,501 – RM5,000 sebulan (M40).
- Warga Emas Tiada Pasangan
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 60 tahun dan ke atas;
- Tiada pasangan dan tiada tanggungan;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM5,000 sebulan.
- Bujang
- Warganegara Malaysia;
- Belum berkahwin / balu / bercerai (tiada anak);
- Had umur 21 hingga 59 tahun / OKU umur 19 tahun ke atas;
- Pendapatan individu tidak melebihi RM2,500 sebulan;
- Bukan pelajar sepenuh masa di IPTA / IPTS.
Note : Bagi golongan berstatus ‘Bujang’ anda tidak layak menerima bantuan STR tetapi anda secara automatik menerima bantuan SARA bagi yang pernah menerima bantuan STR pada tahun 2025.
CARA DAFTAR STR 2026
Panduan lengkap Register akaun baharu untuk penerima sedia ada dan penerima baharu di Portal STR 2026 adalah seperti berikut :
- Masuk ke Portal Rasmi Sumbangan Tunai Rahmah 2026 di sini :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
- Anda akan dipaparkan Halaman Utama Website mySTR.
- Tekan butang (LOG MASUK).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Klik butang (Semak).
- Anda akan ditunjukkan Notifikasi Akaun Pengguna belum didaftarkan. Sila klik Daftar Pengguna Baharu untuk meneruskan.
- Sila klik butang (Daftar Pengguna Baharu).
- Isi No Kad Pengenalan anda.
- Masukkan Alamat Emel yang anda sentiasa guna diruangan Emel.
- Kemudian, tekan (Hantar Emel Pengesahan).
- Anda akan menerima Emel Pendaftaran Akaun mySTR Sumbangan Tunai Rahmah.
- Klik (Sahkan Akaun Saya).
- Pengguna akan dibawa ke Halaman PENDAFTARAN STR.
- Di sini, anda dikehendaki isi Frasa Keselamatan & 5 Soalan Keselamatan beserta dengan 5 Jawapan.
- Pastikan anda pilih Soalan & Jawapan yang mudah diingat dan simpan di dalam nota penting anda supaya anda tidak lupa.
- Fungsi utama Soalan & Jawapan Keselamatan ini bertujuan sekiranya anda terlupa kata laluan atau hilang password untuk Log Masuk mySTR.
- Tekan butang (Seterusnya).
- Anda dikehendaki cipta Kata Laluan untuk Login Masuk ke mySTR. Pastikan Password yang anda buat menunjukkan status Kuat.
- Kemudian, klik (Daftar Akaun).
- Paparan skrin menunjukkan status Pendaftaran akaun anda berjaya. Sila Log Masuk untuk meneruskan.
- Sekarang, anda sudah boleh menggunakan No Kad Pengenalan & Kata Laluan yang dicipta tadi untuk Log Masuk.
- Selesai.
JUMLAH BANTUAN STR 2026
Semakan Jumlah Bantuan sumbangan tunai rahmah (STR) 2026 adalah seperti berikut :
- Isi Rumah Dengan Pendapatan Bawah RM2,500 akan terima :
- Tiada anak : RM700
- 1 – 2 anak : RM1,200
- 3 – 4 anak : RM1,700
- 5 dan ke atas : RM2,200
- Isi Rumah Dengan Pendapatan RM2,501 – RM5,00 akan terima :
- Tiada anak : RM200
- 1 – 2 anak : RM450
- 3 – 4 anak : RM700
- 5 dan ke atas : RM950
- Warga Emas yang tiada pasangan akan terima :
- RM600.
- Bujang berumur 21 hingga 59 tahun tidak menerima STR tetapi hanya menerima SARA :
- RM600
KAEDAH AGIHAN STR 2026
Bantuan STR 2026 akan disalurkan seperti berikut:
- Pengkreditan ke dalam akaun bank penerima/pasangan mengikut nombor akaun yang didaftarkan; ATAU
- Secara tunai di Kaunter Bank Simpanan Nasional (BSN) kepada penerima sekiranya :
- Tiada Maklumat akaun bank; atau
- Status pengkreditan ‘Gagal Kredit’.
MAKLUMAT TAMBAHAN KELAYAKAN STR 2026
STR Bujang 2026, digantikan dengan SARA bulanan.
SARA akan disalurkan secara automatik kepada penerima semua penerima STR (Kategori Isi Rumah, Bujang, Warga Emas Tiada Pasangan) sebagai bantuan tambahan dalam bentuk barangan asas melalui MyKad.
SARA RM100 ONE-OFF akan diberikan kepada semua Rakyat Malaysia pada pertengahan Februari 2026, sempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Raya Aidilfitri.
SOALAN LAZIM (FAQ) SEMAKAN KELAYAKAN STR 2026
S : Siapa yang perlu kemas kini maklumat?
J : Semua penerima sedia ada yang mempunyai perubahan maklumat seperti alamat, akaun bank, status perkahwinan atau tanggungan.
S : Adakah permohonan baru perlu dibuat setiap tahun?
J : Tidak. Penerima sedia ada hanya perlu kemas kini jika ada perubahan maklumat.
S : Boleh mohon kalau tiada akaun bank?
J : Ya, tapi bayaran akan diterima secara tunai di kaunter BSN.
S: Apa perlu buat kalau terlupa kata laluan MySTR?
J: Klik pautan “Lupa Kata Laluan” dan ikut arahan untuk menetapkan semula.
S : Bolehkah buat rayuan jika permohonan ditolak?
J : Boleh. Rayuan dibuka selepas senarai kelulusan diumumkan.
RUJUKAN
Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2026, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.
- Hotlink BKK HASiL : 1-800-88-2747
- Talian MOF : 03-8882 4565 / 03-8882 4566
- e-Mel : [email protected]