SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SBP : TINGKATAN 1 & 4 2026
Pengumuman keputusan kemasukan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) bagi sesi akademik 2026 merupakan detik yang amat dinantikan oleh ribuan murid serta ibu bapa di seluruh negara. Bagi calon yang belum berjaya dalam ambilan pertama, fasa e-Rayuan yang dibuka oleh Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) secara dalam talian merupakan peluang kedua untuk ke SBP 2026.
Bagaimanakah Semakan Keputusan Rayuan SBP? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.
BACA JUGA : RAYUAN SBP : CARA PERMOHONAN UNTUK TINGKATAN 4 & 1 (SESI 2026)
SEMAKAN SEKOLAH SBP 2026
Sekolah Khusus yang dimaksudkan adalah terdiri daripada sekolah berikut:
- Sekolah Berasrama Penuh (SBP)
- Sekolah Menengah Kebangsaan Agama (SMKA)
- Sekolah Menengah Teknik (SMT)
- Kolej Vokasional (KV)
- Maktab Tentera Diraja (MTD)
- Maktab Rendah Sains MARA (MRSM)
Di sini kami kongsikan lebih lanjut tentang tarikh penting bagi ibu bapa dan pelajar yang membuat permohonan rayuan Sekolah Khusus bagi sesi 2026.
TARIKAH SEMAKAN RAYUAN SBP 2026
Untuk pengetahuan, tarikh semakan untuk membuat rayuan ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) adalah seperti berikut :
| JENIS SEMAKAN | TARIKH SEMAKAN |
|---|---|
| Rayuan SBP | 26 Disember hingga 13 Januari 2026 |
| Semakan Rayuan SBP | 6 hingga 10 Februari 2026 |
Semakan keputusan tawaran Tingkatan 1 dan 4 boleh diketahui bermula pada tarikh sepertimana dinyatakan di atas. Calon-calon boleh melakukannya melalui Sistem Semakan Tawaran SBP yang akan diaktifkan pada tarikh tersebut. Pastikan anda mengikuti arahan diberikan di laman tersebut bagi mendapatkan keputusan dengan tepat.
LAMAN RASMI KEPUTUSAN RAYUAN SBP 2026
Berikut adalah link untuk menyemak status keputusan rayuan Sekolah Berasrama Penuh (SBP) 2026 :
- Semakan SBP Tingkatan 1: https://spskt1.moe.gov.my/semakan_sbpt1
- Semakan SBP Tingkatan 4: https://spskt4.moe.gov.my/semakan_sbpt4
CARA SEMAKAN KEPUTUSAN RAYUAN SBP
Berikut adalah cara membuat permohonan rayuan melalui e-Rayuan Sekolah Khusus :
- E-Rayuan boleh diakses secara online melalui:
- Tingkatan Satu : https://spskt1.moe.gov.my
- Tingkatan Empat : https://spskt4.moe.gov.my
- Pemohon perlu klik pada butang E-Rayuan seperti yang tertera dalam gambar di bawah.
- Sila isi nombor kad pengenalan MyKad atau MyKid dan nombor MyKad Penjaga Utama (yang didaftar dalam APDM) untuk memasuki sistem.
- Sila pilih senarai SBP yang diinginkan.
RUJUKAN
Untuk maklumat lanjut berkaitan dengan rayuan SBP dan Pentaksiran Kemasukan Sekolah Khusus (PKSK), sila rujuk saluran di bawah:
- Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh KPM Aras 3, Blok 2251, Jalan Usahawan 1,6 3000 Cyberjaya Selangor.
- Tel: 03-8321 7406 / 7408 / 7461 / 7467 / 7469 / 7471 / 7473/ 7542 / 7544 / 7546 (8.00 pagi – 5.00 petang)