SEMAKAN SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA SEKARANG
Hanya seramai 5.4 juta sahaja rakyat dewasa Malaysia yang terpilih layak untuk menerima Bantuan MyKasih secara tanpa tunai (cashless) melalui kad pengenalan dan 3.9 juta daripadanya telah menggunakannya untuk pembelian.
Bagaimanakah semak status MyKasih? Ikuti panduan dan penjelasan lanjut di bawah.
BACA JUGA : SARA MYKASIH 2025 : SEMAK STATUS KELAYAKAN PENERIMA BANTUAN
APA ITU SARA MYKASIH
Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 adalah bantuan tambahan yang diberikan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan eKasih yang berstatus miskin dan miskin tegar.Bantuan ini bertujuan untuk membantu meringankan beban perbelanjaan barangan keperluan asas bagi golongan yang memerlukan.SARA dilaksanakan melalui sistem MyKasih, di mana penerima akan menerima dana yang dikreditkan ke MyKad mereka untuk membeli barangan keperluan di pasar raya yang terpilih.
SEMAKAN TARIKH BAYARAN SARA MYKASIH 2025
Pembayaran Bantuan Mykasih sara diagihkan sekali dalam sebulan seperti berikut :
TARIKH BAYARAN MYKASIH MISKIN & MISKIN TEGAR | TARIKH BAYARAN MYKASIH KEPADA ASAS BUKAN MISKIN |
---|---|
15/01/2025 Sehingga 01/12/2025 Sekali sebulan setiap bulan | 01/04/2025 Sehingga 01/12/2025 Sekali sebulan setiap bulan |
SEMAKAN STATUS MYKASIH SARA 2025
Status kelayakan penerima MyKasih boleh disemak seperti berikut :
- Sila layari Portal Rasmi MyKasih pada pautan di sini : https://mykasih.com.my/.
- Pada halaman utama tersebut, sila klik pada [SEMAK KELAYAKAN].
- Masukkan Nombor Kad pengenalan dengan betul tanpa sengkang (-).
- Kemudian, klik pada butang [Semakan Status].
- Status penerima akan dipaparkan ‘Layak’ atau ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’.
- Sekiranya status memaparkan ‘No. MyKad tidak wujud dalam sistem’, klik pada butang [Semak Kelayakan].
- Log masuk ke portal rasmi MySTR.
- Seterusnya, klik pada bahagian [Semakan Permohonan].
- Status Penerima Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.
CARA SEMAK STATUS MELALUI APLIKASI
StatMuat turun aplikasi MyKasih di app store / google play dalam telefon bimbit anda.
Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
Klik pada butang [Next] di bawah.
Status Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih akan dipaparkan.
Selesai.us bayaran masuk MyKasih boleh disemak melalui aplikasi MyKasih seperti berikut :
- Sila Muat turun aplikasi MyKasih dalam telefon bimbit anda.
- Setelah selesai muat turun, klik butang [Next] untuk pengenalan aplikasi.
- Masukkan nombor kad pengenalan tanpa tanda sengkang (-).
- Kemudian, masukkan nombor telefon bimbit anda (contoh : 123456789).
- Tandakan pada ‘I have read and agreed to the Terms and Conditions’.
- Klik pada butang [Next] di bawah.
- Status Bayaran Bantuan MyKasih akan dipaparkan.
- Selesai.

Sumber Gambar : Aplikasi MyKasih
SENARAI BARANGAN MYKASIH 2025
Barangan yang diluluskan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah seperti berikut:
- Barang dapur (Contoh : Beras, roti, telur, minyak masak, tepung, biskut, mi segera).
- Minuman (Contoh : Susu, Milo, Teh, Nescafe).
- Makanan dalam tin (Contoh : Sardin, Tuna, Kacang panggang).
- Bahan perasa (Contoh : Sos, Kicap, Gula, Garam)
- Produk kebersihan (Contoh : Ubat gigi, sabun cecair mandian dan tuala wanita).
- Ubat-ubatan (Contoh : Panadol, ubat batuk, dan lain-lain lagi yang diluluskan oleh KKM).
- Barangan persekolahan (Contoh : Pakaian seragam sekolah, kasut, beg sekolah dan alat tulis).
- Produk kebersihan rumah (Contoh : Sabun pencuci pinggan, sabun / serbuk pencuci pakaian dan pencuci lantai).
RUJUKAN
Pihak kami hanya sekadar berkongsi informasi yang terkini bagi memudahkan capaian orang ramai. Sekiranya anda mempunyai sebarang persoalan atau pertanyaan berkaitan MyKasih, anda boleh rujuk pihak berwajib seperti di bawah :
- Talian Bantuan : 03 8882 4565 / 4566.
- Laman Bantuan :https://mykasih.com.my/contact-us/.
- Alamat E-mel :[email protected]