SEMAKAN SKAS SARAWAK : SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025

SEMAKAN SKAS SARAWAK : SUMBANGAN KEPERLUAN ASAS SARAWAK 2025

Kerajaan Sarawak telah memperkenalkan inisiatif terbaru, Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), dengan peruntukan sebanyak RM450 juta bagi meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Peruntukkan pada tahun hadapan dijangka akan memanfaatkan kira-kira 850,000 penerima.

Bagaimanakah cara betul semakan skas sarawak? Ikuti info lanjut disini sehingga akhir.

BACA JUGA : BANTUAN DALAM MYKAD TERBARU : SEMAK STATUS 2025 ANDA LAYAK ATAU TIDAK SEGERA

SYARAT KELAYAKAN SKAS SARAWAK

Berikut adalah syarat kelayakan yang boleh disemak untuk dapatkan bantuan SKAS Sarawak :

  1. Anak Sarawak pemegang Kad Pengenalan K yang beralamat dan menetap di Sarawak;
  2. Maklumat penerima adalah berdasarkan data Sumbangan Tunai Rahmah (STR) yang dikemaskini sehingga Fasa 4, 2024.
  3. Penerima yang layak terbahagi kepada kategori Isi Rumah, Bujang dan Warga Emas tiada pasangan dan tiada anak.

KATEGORI PENERIMA SKAS SARAWAK

Senarai kategori yang layak adalah seperti berikut :

  1. Kategori Isi Rumah
    • Kahwin; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang mempunyai tanggungan (anak/ibu bapa);
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 dan ke bawah; dan
    • Tiada had umur.
  2. Kategori Bujang
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada tanggungan;
    • Pendapatan kasar bulanan RM2,500 dan ke bawah; dan
    • Had umur adalah 21-59 tahun; dan
    • Bujang Orang Kurang Upaya (OKU) berumur 19 tahun dan ke atas; dan
    • Bukan pelajar Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) / Institut Pengajian Tinggi Swasta (IPTS) sepenuh masa.
  3. Kategori Warga Emas
    • Bujang; atau
    • Ibu atau Bapa Tunggal/Balu/Janda/Duda yang tiada anak;
    • Pendapatan kasar bulanan RM5,000 ke bawah; dan
    • Had umur 60 tahun dan ke atas.

TARIKH BAYARAN SKAS SARAWAK

Bayaran Bantuan Skas Sarawak adalah seperti berikut :

TARIKH BAYARANPLATFORM BAYARAN
18 FEBRUARI 2025S PAY GLOBAL

JUMLAH BANTUAN SKAS SARAWAK

Nilai bantuan yang diberikan kepada penerima Sumbangan SKAS Sarawak adalah seperti berikut :

  • Penerima kategori isi rumah dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM800.
  • Penerima kategori bujang dengan pendapatan RM2,500 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM250.
  • Penerima kategori warga emas dengan pendapatan RM5,000 dan ke bawah akan menerima bantuan bernilai RM400.

Sumber gambar : https://spayglobal.my

CARA SEMAKAN SKAS SARAWAK

Kaedah yang boleh disemak untuk mengetahui status bantuan SKAS Sarawak seperti berikut :

  1. Untuk semakan kelayakan SKAS, sila layari laman web https://sarawak.gov.my
  2. Klik Check Eligibility (Sila pastikan anda mempunyai akaun Sarawak ID yang sah. Jika anda masih belum ada akaun, sila rujuk cara pendaftaran Sarawak ID di bawah)
  3. Log masuk menggunakan akaun Sarawak ID anda dan klik Next.
  4. Klik My Individual Account.
  5. Masukkan nombor MyKad anda dan klik Search.
  6. Mesej akan terpapar sekiranya anda layak untuk menerima Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS).

CARA DAFTAR SARAWAK ID

Jika anda masih belum mempunyai SarawakID, sila rujuk langkah membuat pendaftaran berikut:

  1. Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Daftar.
  2. Pilih Jenis Pengenalan.
  3. Lengkapkan Profil anda dan klik Teruskan.
  4. Lengkapkan Butiran Akaun dan klik Teruskan.
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar.
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar.
  7. Sistem papar mesej Verified. Klik Teruskan.
  8. Pendaftaran berjaya. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda.

CARA JIKA ANDA TERLUPA ID :

  1. Layari https://sarawak.gov.my dan klik pautan Log Masuk
  2. Klik pautan SarawakID
  3. Sila pilih jenis akaun
  4. Masukkan nombor pengenalan dan pilih kaedah pengesahan
  5. Masukkan no telefon bimbit / emel untuk terima OTP. Klik Hantar
  6. Masukkan OTP dan Klik Hantar
  7. SarawakID anda akan dipaparkan. Klik Log Masuk untuk log masuk ke akaun SarawakID anda.

SOALAN LAZIM (FAQ) SKAS SARAWAK

Berikut merupakan soalan lazim (FAQ) mengenai SKAS SARAWAK 2025:

  1. Siapa yang layak menerima SKAS?
    • Golongan B40 di Sarawak termasuk isi rumah, warga emas, dan individu bujang berpendapatan rendah.
  2. Bagaimana cara semak SKAS Sarawak?
    • Semakan boleh dibuat secara online menggunakan nombor MyKad melalui portal rasmi SKAS.
  3. Adakah SKAS sama dengan STR?
    • Tidak. STR ialah bantuan kerajaan persekutuan, manakala SKAS khusus untuk rakyat Sarawak.
  4. Bilakah tarikh bayaran SKAS 2025?
    • Dijangka bermula pada 2025 mengikut jadual yang diumumkan kerajaan negeri.
  5. Berapa jumlah maksimum bantuan SKAS?
    • Jumlah tertinggi adalah RM800 bagi kategori isi rumah.

RUJUKAN

Sebarang soalan atau pertanyaan mengenai Sumbangan Keperluan Asas Sarawak (SKAS), anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment