SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK?

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025 – ADAKAH ANDA LAYAK?

Kerajaan Malaysia meneruskan program bantuan dalam MyKad atau Sumbangan Asas Rahmah (SARA) 2025 untuk membantu keluarga berpendapatan rendah menangani kos hidup yang meningkat. Bantuan ini akan dimasukkan terus ke dalam MyKad penerima yang layak.

SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD

SARA bukan sahaja mengurangkan beban kewangan keluarga B40, tetapi juga memastikan bahawa penerima boleh membeli barangan keperluan asas tanpa menggunakan wang tunai.

Baca Juga : Sumbangan Tunai Rahmah STR – Bayaran Fasa 1,2,3 & 4

SIAPA YANG LAYAK MENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD 2025?

Menurut pengumuman rasmi kerajaan, Bantuan dalam MyKad memberi keutamaan kepada penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) dan mereka yang tergolong dalam golongan miskin atau miskin tegar eKasih. Kategori penerima termasuk :

  • Keluarga B40 : Pendapatan keluarga mestilah menepati syarat kelayakan STR.
  • Warga emas tanpa pasangan : Berumur 60 tahun ke atas dan tinggal bersendirian.
  • Individu bujang : Berumur 21 hingga 59 tahun dan berpendapatan rendah.

Nota Penting : Data kelayakan diambil daripada pangkalan data STR 2025 dan eKasih, jadi pastikan anda mengemas kini maklumat terkini di portal rasmi kerajaan.

JUMLAH BANTUAN DALAM MYKAD MENGIKUT KATEGORI PENERIMA

Kerajaan telah memperuntukkan jumlah bantuan yang berbeza mengikut kategori penerima. Berikut ialah kadar bantuan SARA 2025 :

KategoriKadar Bulanan
(Jan-Mac)
Kadar Bulanan
(Apr-Dis)
Jumlah Bantuan Setahun
Isi Rumah (STR + eKasih)RM100RM200RM2,100
Warga Emas Tiada Pasangan (STR+eKasih)RM100RM150RM1,650
Bujang (STR+eKasih)RM50RM50RM600
Isi Rumah (STR sahaja)RM100RM900
Warga Emas Tiada Pasangan (STR sahaja)RM50RM450

Kredit akan dimasukkan terus ke dalam MyKad setiap bulan. Baki yang tidak digunakan boleh dibawa ke bulan hadapan, tetapi mesti dibelanjakan sebelum 31 Disember 2025.

CARA SEMAKAN STATUS BANTUAN DALAM MYKAD 2025

Anda boleh menyemak status anda dengan mudah melalui portal rasmi MyKasih :

Portal MyKasih

  • Layari https://www.mykasih.com.my/
  • Masukkan nombor MyKad anda tanpa tanda sempang (-).
  • Klik Semakan Status.
  • Paparan akan menunjukkan sama ada anda layak, jumlah bantuan dan baki kredit anda.

Portal rasmi LHDNM

  • Anda juga boleh menyemak status anda melalui portal rasmi STR di dengan log masuk menggunakan ID STR anda.

SENARAI BARANGAN YANG BOLEH DIBELI

Kredit SARA hanya boleh digunakan untuk membeli barangan keperluan asas di kedai rakan niaga MyKasih seperti pasar raya dan kedai runcit berdaftar. Antara barangan yang dibenarkan ialah :

  • Beras, tepung, minyak masak, roti, telur
  • Mi segera, makanan dalam tin
  • Susu, Minuman berkhasiat
  • Sabun, syampu, pencuci pakaian
  • Ubat-ubatan asas

MAKLUMAT PENTING UNTUK PENERIMA BANTUAN DALAM MYKAD

  • Pastikan MyKad anda aktif dan tidak rosak untuk mengelakkan masalah transaksi.
  • Gunakan kredit anda setiap bulan supaya ia tidak terkumpul sehingga tarikh luput.
  • Sentiasa semak baki anda melalui portal MyKasih sebelum membuat pembelian.

SOALAN LAZIM (FAQ)

Adakah baki bantuan akan luput jika tidak dibelanjakan setiap bulan?

Baki yang tidak habis setiap bulan boleh dibawa ke bulan seterusnya, tetapi semua baki perlu dibelanjakan sebelum 31 Disember 2025.

Adakah bantuan ini hanya untuk makanan?

Tidak, bantuan ini boleh digunakan untuk pelbagai keperluan asas, termasuk makanan, produk kebersihan, dan ubat-ubatan.

Bagaimana cara menyemak baki bantuan MyKasih?

Anda boleh menyemak melalui portal rasmi atau aplikasi mudah alih MyKasih.

Bolehkah SARA 2025 dikeluarkan dalam bentuk tunai?

Tidak. Bantuan ini hanya boleh digunakan di kedai-kedai yang berdaftar untuk membeli barangan keperluan asas sahaja.

INFO & MAKLUMAT LANJUT

Semua info yang dikongsikan dalam artikel ini adalah berpandukan sepenuhnya daripada Portal Rasmi MyKasih. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan lanjut, sila rujuk pihak berwajib seperti di bawah :

Leave a Comment