SEMAKAN STATUS SARA : KELAYAKAN MYKASIH 2025

SEMAKAN STATUS SARA : KELAYAKAN MYKASIH 2025

Bantuan tambahan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) dalam bentuk barangan keperluan asas ditambah baik pada tahun 2025 bagi memastikan keperluan asas harian golongan yang memerlukan dipenuhi serta mereka menerima bantuan yang sewajarnya.

Bagaimanakah cara semakan status sara? Ikuti info lengkap sehingga akhir.

BACA JUGA : SENARAI BARANG MYKASIH 2025 : PANDUAN LENGKAP CARA GUNA

SYARAT KELAYAKAN SARA

Individu yang menepati syarat di bawah sahaja akan menerima bantuan SARA:

  • Warganegara Malaysia;
  • Bersatus eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) – Kategori Isi Rumah, Bujang, dan Warga Emas Tanpa Pasangan.
    • Tersenarai sebagai penerima Miskin Tegar / Miskin eKasih dalam rekod data eKasih di bawah Unit Penyelarasan Pelaksanaan, Jabatan Perdana Menteri (ICU, JPM) sehingga 31 Oktober 2024.
  • Bukan eKasih;
    • Penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) 2025 – Kategori Isi Rumah dan Warga Emas Tanpa Pasangan.

CARA BAYARAN SARA

Penyaluran bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) adalah secara TANPA TUNAI kedalam MyKad (IC) penerima untuk membeli barangan keperluan asas berlabel MyKasih seperti makanan asas, barangan kebersihan diri, ubat-ubatan dan peralatan persekolahan di pasaraya yang terpilih (berdaftar) dengan menggunakan MyKad.

SEMAKAN JUMLAH BANTUAN SARA

Kadar bantuan yang akan disalurkan kepada penerima seperti berikut:

  • Kategori Penerima STR 2025 Berstatus Miskin/Miskin Tegar eKasih
PENERIMA STR 2025
(BERSTATUS MISKIN/MISKIN TEGAR
EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM2,100
RM100/Bulan bermula Januari – Mac
RM200/Bulan bermula April- Disember
Warga Emas Tiada PasanganRM1,650
RM100/Bulan bermula Januari – Mac
RM150/Bulan bermula April- Disember
BujangRM600
RM50/Bulan bermula Januari – Disember
  • Kategori Penerima STR SAHAJA (BUKAN eKasih)
PENERIMA STR 2025
(BUKAN EKASIH)
KADAR BANTUAN (RM)
Isi RumahRM900
RM100/Bulan bermula April – Disember
Warga Emas Tiada PasanganRM450
RM50/Bulan bermula April – Disember

SEMAKAN STATUS SARA

Semakan bantuan boleh dilakukan melalui dua (2) kaedah seperti berikut:

PORTALPAUTAN
Portal Rasmi MySTRhttps://bantuantunai.hasil.gov.my/
Portal Rasmi MyKasihhttps://www.mykasih.com.my/
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MyKasih:
  1. Layari Portal Rasmi MyKasih :https://www.mykasih.com.my/
  2. Halaman utama MyKasih akan dipaparkan, kemudian tekan [Semak Status].
  3. Seterusnya, bahagian semakan akan dipaparkan.
  4. Masukkan 12 Digit Nombor Kad Pengenalan pada ruangan [Nombor MyKad].
  5. Kemudian, masukkan Kod Captcha yang betul berdasarkan imej yang diberikan.
  6. Klik [Semak Status].
  7. Status kelayakan penerima dan bayaran akan dipapar :
  8. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih]
  9. Selesai.
  • Panduan Lengkap Semakan Status Bantuan Melalui Portal MySTR:
  1. Layari Portal Rasmi MySTR :https://bantuantunai.hasil.gov.my/
  2. Halaman utama Portal MySTR akan dipaparkan, kemudian pergi ke bahagian kanan di ruangan [MySTR]
  3. Seterusnya, Klik [Semak Status]
  4. Masukkan 12 digit [Nombor Kad Pengenalan] dan tekan pada butang [Log Masuk].
  5. Kemudian, Pengesahan Kata Kunci Keselamatan akan dipaparkan dan masukkan Kata Kunci Keselamatan yang betul.
  6. Klik pada ruangan [Semakan Status]
  7. Maklumat yang akan dipaparkan:
  8. Semakan Permohonan
  9. Maklumat Pembayaran
  10. Status Kelayakan Penerima dan Maklumat Bayaran akan dipapar:
  11. [Lulus Bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih].
  12. Selesai.

CARA GUNA BANTUAN SARA

Pembelian barangan keperluan asas di kedai runcit adalah seperti berikut:

  1. Pilih Barangan Keperluan
  2. Penerima bantuan boleh membeli barangan keperluan berdasarkan 13 kategori produk yang mempunyai label MyKasih di rak tanda harga.
  3. Tunjuk MyKad Untuk Pengesahan
  4. Juruwang akan menyemak status MyKad penerima bantuan.
  5. Imbas Kod Barangan
  6. Juruwang mengimbas setiap barang keperluan asas yang ingin dibeli mengikut kategori yang dibenarkan.
  7. Bayar Menggunakan MyKad
  8. Penerima bantuan memasukkan nombor pin 6-digit untuk mengesahkan transaksi pembelian.
  9. Simpan Resit Untuk Semakan
  10. Penerima bantuan hendaklah menyimpan resit untuk tujuan semakan transaksi pembelian

Nota : Sekiranya pembelian melebihi baki dalam Mykad atau selain daripada barangan berlabel SARA MyKasih, penerima perlu membayarnya secara tunai.

RUJUKAN

Sebarang persoalan atau pertanyaan mengenai bantuan Sumbangan Asas Rahmah (SARA) MyKasih, anda boleh terus hubungi pihak berwajib dibawah ini.

Leave a Comment